Kumpulan Jejaka Berjambang Dan Bulu Dada Kiut Juara Gegar Lawak 2018 | Dunia Penuh Gosip

Kumpulan Jejaka Berjambang Dan Bulu Dada Kiut Juara Gegar Lawak 2018

Program realiti lawak yang telah belangsung selama 7 minggu sebelum ini telah sampai kekemuncak malam tadi. Gegar Lawak Akhir membariskan 5 peserta yang bersaing iaitu Padil, Eyya, Abata, Kiut dan 2B. Dengan 2 tema pada malam akhir iaitu muzikal dan bebas memberikan saingan hebat.


Rezeki nyata menyebelahi kumpulan Kiut yang membariskan 3 orang jejaka dari Kedah apabila mereka dinobatkan juara Gegar Lawak musim pertama ini. Melalui kemenangan ini mereka membawa pulang torfi dan juga wang tunai RM50,000. Mereka juga menerima anugerah Man Of The Match pada minggu akhir.

Juga membuat kejutan pada malam akhir ini adalah Eyya satu-satunya peserta solo wanita dari Sabah apabila dijulang naib juara. Membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi. Siapa sangka bakat gadis muda ini dari mula dilihat begitu tidak menyerlah mampu merangkul gelaran tempat kedua.

Manakala tempat ketiga adalah milik kumpulan Abata yang membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi. Tempat keempat pula milik Padil peserta dari Terengganu membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000 juga tempat kelima milik kumpulan 2B.

Pada malam akhir peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Dato AC Mizal dan Douglas Lim serta juri jemputan iaitu Nabil Ahmad. Tahniah kepada semua peserta dan anda adalah bakal pewaris generasi lawak tanah air negara. 





0 comments: