11 Selebriti Bakal Balik Kampung Bersama Pensonic Mulai April Ini | Dunia Penuh Gosip

11 Selebriti Bakal Balik Kampung Bersama Pensonic Mulai April Ini

Pensonic telah melancarkan Kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ dengan lebih banyak ganjaran-ganjaran hebat sebagai tanda terima kasih kepada para pengguna di atas sokongan mereka. Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung Bersama Pensonic' akan ke udara setiap hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.


Beberapa barisan artis tempatan bersama-sama dengan Chef kegemaran anda Dato Chef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan anda terpaku di hadapan kaca TV.


Di antara artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Amira Othman, Ashraf Muslim, Alif Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena, Ruhainies, Ika Nabila dan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ mengabadikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak makanan yang mereka gemari di Hari Raya.


Penonton di rumah juga boleh sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018. 


Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah:
1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit.
2. 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
3. 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada umum).
4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3.
5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.
Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini. 


Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
1. Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
2. TV LED 43" Pensonic
3. Pendingin Udara Pensonic.   
4. Ketuhar 45L Pensonic 
5. Pengisar Nutri De Blender Pensonic 
6. Penyaman Udara

Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 30 April 2018.


Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!.





0 comments: