Malaysia Juara Qari Dan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2018 | Dunia Penuh Gosip

Malaysia Juara Qari Dan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2018

Alhamdulillah tahniah kepada kedua-dua peserta Qari dan Qariah dari Malaysia setelah dinobatkan sebagai juara Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2018 kali ke 60. Majlis penyampaian hadiah telah belangsung sebentar tadi di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.


Qari Malaysia Abdullah Fahmi Che Nor memperolehi 92.09% markah menewaskan semua peserta lain. Manakala wakil Qariah Malaysia Suhailah Zulkifly memperolehi markah 92.05% diangkat sebagai juara. 

Tempat kedua kategori Qari pula dimenangi peserta dari Iran iaitu Mokhtar Dehghan Estajroudi dan perserta dari Algeria iaitu Salah Eddine Haissam menduduki tempat ketiga. Bagi kategori Qariah pula tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Indonesia iaitu Khamisatuddhuha dan tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Singapura iaitu Widad.


Bagi kategori Hafazan pula Hafiz dari Bangladesh iaitu Kolim Siddique berjaya menewaskan peserta lain untuk begelar juara manakala tempat kedua milik Walid dari UAE dan tempat ketiga Muzammil dari Sudan. Hafizah pula milik Bilghuss Dar dari Mauritania, tempat kedua Siti Nadhirah wakil negara dan tempat ketiga milik Asyura dari Tanzania.

Majlis ini telah berlangsung dari 7 Mei hingga 12 Mei 2018 dan telah disertai oleh 87 buah negara termasuk Malaysia dengan penyertaan tiga negara baharu iaitu Benin, Niger dan Mecedonia.






0 comments: