Pulih Dari Mild Depression Haqiem Rusli Buktikan Kekuatan Dalam EDMA 2018 | Dunia Penuh Gosip

Pulih Dari Mild Depression Haqiem Rusli Buktikan Kekuatan Dalam EDMA 2018

Sebelum ini nama penyanyi Haqiem Rusli dipalit dengan pelbagai isu dan masalah. Sehingga beliau mendapatkan rawatan untuk mild depression yang dialaminya. Namun kini penyanyi ini bangkit semula dan terus berusaha untuk berubah seterusnya  mendominasi kemenangan dalam anugerah ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018) yang berlangsung 25 Jan.  


Haqiem berjaya menggondol trofi tiga anugerah yang dipertandingkan iaitu Lagu Paling Viral (Selamat Tinggal Sayang), Penyanyi Kolaborasi Terbaik (Jatuh Bangun) dan Temubual Terbaik Carta ERA. Selain itu, Zizan Razak, Ariff Bahran, Khai Bahar dan Alif Satar memenangi beberapa kategori lain berasingan.


EDMA berlangsung di Galaxy Banquet Sentul Kuala Lumpur merupakan anugerah tahunan anjuran radio ERA dan ditaja oleh Deeja Cosmetic.


Pentas EDMA 2018 dihangatkan oleh persembahan artis popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Akim & The Majistret, Ara Johari, Ismail Izzani, one Avenue Band dan Ben Laden. EDMA 2018 telah disiarkan secara langsung di laman Facebook ERA dan Deeja Cosmetic.

Senarai penuh pemenang EDMA 2018


  1. Lagu Paling Viral: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)
  2. Muzik Video Paling Lit: Kau Takkan Tahu (Zizan Razak)
  3. Penyanyi Kolaborasi Terbaik: Haqiem Rusli dan Aman Ra (Jatuh Bangun)
  4. Penyanyi Paling Lit di Media Sosial: Khai Bahar
  5. Temubual Terbaik Carta ERA: Haqiem Rusli
  6. Penyanyi Pilihan Deeja: Ariff Bahran
  7. Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40: Sesungguhnya Aku (Alif Satar)
  8. Anugerah Khas EDMA 2018 Datuk Seri Siti Nurhaliza







0 comments: