Filem Kurang Sambutan Tak Semestinya Tidak Terbaik Tahniah One Two Jaga FFM30 | Dunia Penuh Gosip

Filem Kurang Sambutan Tak Semestinya Tidak Terbaik Tahniah One Two Jaga FFM30

Siapa sangka filem ini tidak mendapat jualan yang memberangsangkan seperti mana filem-filem Box Office lain namun mampu memberi impak kekuatan kepada juri. Ini dibuktikan melalui filem One Two Jaga arahan Namron dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 30 yang berlangsung pada 30 Mac baru-baru ini di PICC Putrajaya


Majlis anugerah diacarakan oleh pengacara popular Nabil Ahmad dan juga Adiba Noor itu juga turut menobatkan 5 lagi kemenang kepada filem ini melalui ketergori utama iaitu Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Kategori lain yang dirangkul filem ini pada malam tersebut adalah Poster Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. 


Juga turut membawa kemenang besar pada malam tersebut adalah filem Dukun arahan Dain Said. Filem tersebut berjaya membawa pulang 4 kemenangn melalui kategori Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datin Seri Umie Aida, Kostum & Busana Terbaik, Kesan Khas Terbaik dan Penyunting Terbaik.


Seperti mana kita tahu filem Box Office tahun ini dimiliki oleh filem Munafik 2 yang berjaya mengutip 37juta keseluruhan jualan. Festival kali ini nampak lebih menarik dan lebih meriah dibandingkan tahun sebelum ini serta barisan pemenang yang memang selayaknya. Tahniah kepada semua pemenang dan penganjur.


Senarai penuh pemenang Festival Filem Malaysia ke 30 :-

Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
Pengarah Terbaik: Namron (One Two Jaga) 
Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida (Dukun)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta)
Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang) 
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)
Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil) 
Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang)
Lakon Layar Terbaik: Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga) 
Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)
Cerita Asal Terbaik: Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga) 
Kostum & Busana Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun) 
Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)
Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)
Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)
Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)
Skor Muzik Asal Terbaik: Nick Davis (Two Sisters) 
Poster Terbaik: Jazzy Pictures (One Two Jaga)
Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa, Monoloque (Busker)
Anugerah Khas Juri 1: Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd) 
Anugerah Khas Juri 2: Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri 3: Busker (Astro Shaw Sdn Bhd) 
Filem Box Office: Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd)
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: AR Badul
Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan

0 comments: