Raikan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Ceria Bersama SpongeBob SquarePants di WCT Malls | Dunia Penuh Gosip

Raikan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Ceria Bersama SpongeBob SquarePants di WCT Malls

Dua rakan baik yang disayangi, SpongeBob Squarepants dan rakan baiknya Patrick Star akan bersama peminat mereka di Malaysia untuk meraikan bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di daratan buat kali pertama di WCT Malls! Bertemakan ‘Seronoknya Raya’, kemunculan istimewa SpongeBob SquarePants dan Patrick Star pasti menceriakan lagi suasana Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ), Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) dan Gateway@klia2.


Sempena ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20, ruang legar WCT Malls akan dihiasi menjadi dunia magis bawah laut yang akan memeriahkan lagi musim cuti peminat setia mereka. Selain dapat bersama mereka, peminat, keluarga dan kanak-kanak di seluruh dunia juga dapat beramah mesra dan bersua muka semasa sesi bergambar dengan SpongeBob SquarePants dan sahabat baiknya, Patrick Star.


Kami teruja dapat menjemput SpongeBob SquarePants dan Patrick Star ke WCT Malls untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pertama mereka dengan peminat-peminat di Malaysia. Dengan karakter yang sentiasa optimis dan ceria, SpongeBob SquarePants dan sahabat baiknya Patrick Star pasti akan memeriahkan suasana dan menceriakan semua yang menyertai aktiviti ‘Seronoknya Raya’ di WCT Malls. Secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga, saudara dan sahabat baik,” kata Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan WCT Malls.


Apa yang memeriahkan lagi ‘Seronoknya Raya’ adalah WCT Malls akan dihiasi dengan rumah nenas bawah laut yang terkenal, jualan cenderahati unik termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan antik dan baharu, mainan mewah, belon SpongeBob SquarePants terbesar dan banyak lagi!


Tambah Chua, “Untuk menyebarkan sinar harapan dan kegembiraan bagi komuniti yang memerlukan pada bulan suci ini, Paradigm Mall PJ akan menganjurkan dua program amal #SeronoknyaMenolong iaitu ‘A Library of Hope’, sumbangan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan ‘Denim Donation Drive’ bagi membantu ibu-ibu tunggal. Program amal yang dianjurkan adalah untuk meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat WCT Malls bagi menyumbang dan memperbaiki kehidupan penduduk setempat.


Program ‘A Library of Hope’

Para pengunjung Paradigm Mall PJ digalakkan untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang buku-buku baharu atau terpakai, buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dan sebagainya dalam apa jua bahasa bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Buku-buku boleh diletakkan di kotak sumbangan di Tingkat CC bermula 10 Mei – 9 Jun 2019. Semua buku yang dikumpul akan diserahkan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.


Denim Donation Drive

Dalam usaha memperkasakan ibu tunggal dan kurang bernasib baik di Suri Lifestyle dengan menyediakan peluang pendapatan dan kemahiran hidup seperti menjahit, Paradigm Mall menggesa pengunjung menyumbang denim baharu atau terpakai yang akan diubahsuai menjadi produk kraftangan yang unik. Pengunjung boleh menyumbangkan apa jua jenis denim baharu mahupun terpakai di kotak sumbangan di tingkat CC bermula 10 Mei hingga 9 Jun 2019. 

Catat Malaysian Book of Records bagi Belon Karakter Kartun Terbesar 

Pengunjung Paradigm Mall JB berpeluang menyaksikan belon SpongeBob SquarePants terbesar, dengan ketinggian 11 meter dan selebar 6 meter. Selain itu, terdapat juga 20 patung SpongeBob SquarePants bersaiz sebenar dan pengunjung boleh bergambar untuk disimpan sebagai kenangan dalam media sosial mereka. Paradigm Mall JB turut meraikan kejayaan mencatat Malaysian Book of Records bagi belon karakter terbesar di Malaysia.

Ayuh kunjungi WCT Malls: Paradigm Mall di Petaling Jaya dan Johor Bahru dan Gateway@klia2 untuk meraikan Ramadan dan Raya yang bermakna dan penuh dengan keceriaan! Untuk maklumat mengenai aktiviti dan promosi, kunjungi laman web dan platform media sosial di bawah:

Laman Web
Paradigm Mall PJ: www.paradigmmall.com.my
Paradigm Mall JB: www.paradigmall.com.my/jb
gateway@klia2: www.gatewayklia2.com.my

Facebook:
Paradigm Mall PJ: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/
Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB
gateway@klia2: https://www.facebook.com/gatewayklia2/

Instagram:
Paradigm Mall PJ: https://www.instagram.com/paradigmpj/
Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/
gateway@klia2: https://www.instagram.com/gatewayklia2/








0 comments: