TV ALHIJRAH Rekod Peningkatan Penonton Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan | Dunia Penuh Gosip

TV ALHIJRAH Rekod Peningkatan Penonton Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia telah memasuki minggu ketiga dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.


Kerjasama semua pihak terutamanya pihak media yang menyampaikan maklumat tentang peri pentingnya memutuskan rantaian jangkitan wabak yang telah meragut lebih lima puluh ribu jiwa di seluruh dunia ini dilihat berjaya difahami oleh majoriti rakyat Malaysia.

Sebagai sebuah stesen televisyen yang mempromosi Islam sebagai gaya hidup, TV AlHijrah sedar dari mula tentang peranan dan pendekatan yang perlu diambil bagi memenuhi kehendak penonton yang mempunyai pelbagai macam persoalan, kerisauan dan ketidaktenteraman di hati kesan dari penularan wabak ini.

TV AlHijrah bertanggungjawab menyediakan pengisian kandungan yang mampu mendidik dan memberi ketenangan jiwa bagi memastikan penonton dapat menggunakan masa yang berharga dengan keluarga di rumah.

Alhamdulillah, pendekatan yang diambil ini nyata membuahkan maklum balas yang sangat baik daripada rakyat Malaysia.


Berikut adalah 11 fakta menarik TV AlHijrah (TVAH) sepanjang tempoh PKP ini:
1. Capaian penonton TVAH telah meningkat sebanyak 75 peratus berbanding dua minggu sebelum pelaksanaan PKP.
2. Program agama terbaru iaitu Malaysia #QuranTime menjadi pilihan utama dengan capaian hampir 1 juta penonton.
3. Peningkatan rating 12 kali ganda pada slot 12 tengahari hingga 1 tengahari.
4. Syer penonton segmen dewasa berusia 50 tahun ke atas meningkat sebanyak 57 peratus.
5. Syer penonton di kawasan ‘market centre’ meningkat sebanyak 50 peratus.
6. TVAH menjadi pilihan utama penonton untuk kandungan Islam dengan syer saluran 2 kali ganda di hadapan saluran-saluran Islamik yang lain.
7. Laman Facebook TVAH dilayari oleh 10.6 juta pengguna pada bulan ini iaitu 7 kali ganda melebihi jumlah pengikut sedia ada.
8. Purata ‘like’ harian di laman Facebook TVAH meningkat sebanyak 185 peratus.
9. Jumlah pengguna yang berkongsi kandungan dari Facebook TVAH mencapai 1.3 juta iaitu peningkatan sebanyak 133 peratus.
10. Siaran langsung Sidang Media Covid-19 dan program Malaysia #QuranTime di laman facebook TVAH berjaya menarik tontonan 24.8 juta penonton.
11. Peningkatan jualan di platform TV Shopping sebanyak 13 peratus.

TV AlHijrah amat berterima kasih di atas sokongan berterusan penonton setia stesen ini. Dengan peningkatan yang cukup memberangsangkan ini, TV AlHijrah akan berusaha dengan lebih gigih untuk menyajikan kandungan-kandungan yang lebih berkualiti dan relevan sesuai dengan situasi terkini yang dihadapi rakyat Malaysia.


Mari kita sama2 berdoa agar Allah menghindari kita dan keluarga kita dari jangkitan berbahaya ini dan semoga Allah lenyapkan virus ini dari muka bumi ini secepat mungkin.







0 comments: