5 Okt 2020

Azzam Sham Juara Big Stage Musim Ke Tiga

Bekas peserta Idola Kecil, Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ketiga sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekat Qody Rany, Dinnie Rashid dan Usop. Azzam Sham tampil menyampaikan dua lagu tugasan dengan Tema Ultimatum iaitu Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade nyanyian Bruno Mars.



Azzam bergelar juara menerusi markah terkumpul daripada juri dan markah undian penonton. Hasil kemenangan itu, Azzam telah berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Naib juara pula dimenangi Usop dan berjaya merangkul hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Tempat Ke-3 dimenangi oleh Qody Rany manakala tempat ke-4 Dinnie Rashid dan tempat ke-5 Fadh Majid.

Pada masa sama, Dinie Rashid pula dinobatkan sebagai BBNU Paling Gempak untuk konsert separuh akhir dan Azzam Sham untuk minggu akhir.



Konsert akhir Big Stage 2020 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Ajai dan Elly Mazlien selaku Presiden Netizen. Peserta juga diadili oleh penyanyi, Misha Omar selaku juri jemputan.

Big Stage minggu akhir telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan di saluran Astro Ria, Astro Ria HD serta Astro Go.

Personaliti radio ERA, Radin bersama hos Gempak TV, Isha Norsham mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.







Tiada ulasan:

Catat Komen