Elica Paujin Juara Big Stage 2022 Setelah Beberapa Kali Hampir Tersingkir | Dunia Penuh Gosip

Elica Paujin Juara Big Stage 2022 Setelah Beberapa Kali Hampir Tersingkir

Walaupun pernah berada di bottom three dan hampir tersingkit kerana persembahan yang kurang memuaskan tidak mematahkan semangat peserta Elica Paujin untuk terus menyerlah di minggu akhir Big Stage 2022 yang berlangsung semalam.



Beliau berjaya menewaskan saingan terdekatnya menerusi dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan duet bersama Hael Husaini membawakan lagu Believer, berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Sementara itu, Danial Chuer yang memenangi tempat kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,00 beserta trofi. Manakala Aisha Retno yang sering dapat pujian dan persembahan memukau sehinggakan mendapat standing ovation dari juri tetap hanya mampu menduduki tempat ketiga sahaja.



Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi. Bagi Yazmin Aziz dan Tegar Septian masing-masing di tempat keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong kerana turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

‘Finale’ Big Stage 2022 telah diadili oleh dua juri tetap terdiri daripada Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai serta juri juara, Aliff Aziz. Manakala, penyanyi bersuara emas yang turut membuat persembahan bersama Siti, Aina Abdul  dijemput menjadi juri jemputan. Selain itu, Dato Sri Vida yang menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Netizen telah ditemani oleh Elly Mazlein sebagai Juri Pedas.

Carta markah penuh peringkat Akhir Big Stage 2022 daripada semua enam juri dan juga 30% daripada undian dari penonton di rumah.

1) Elica Pauji – 78.93%
2) Danial Chuer – 72.62%
3) Aisha Retno – 71.04%
4) Yazmin – 59.35%
5) Tegar Septian – 59.13%







0 comments: