Anak Jamal Abdillah Iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah Juara Famili Duo Musim Ke 2 | Dunia Penuh Gosip

Anak Jamal Abdillah Iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah Juara Famili Duo Musim Ke 2

Malam ini juga adalah pentas akhir Famili Duo Musim Ke-2. Ia berlansung secara langsung di TV3. 4 pasangan famili duo yang berjaya ke peringkat akhir ialah Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Naim Daniel & Sissy Imann, Bella Astillah & Wani Kayrie serta Ayda Jebat & Fyna Jebat.



Namun tuah milik pasangan pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah apabila dinobatkan sebagai juara Famili Duo Musim ke 2. Pasangan adik beradik anak kepada lagenda Dato' Jamal Abdillah ini berjaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM100,000. 

Pada malam akhir semua pasangan peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu tema pusingan pertama lagu Juara Lagu dan manakala persembahan pusingan kedua bertemakan Bebas. Pasangan pemenang membawakan dua lagu iaitu Pelukan Angkasa (SOG ft shila Amzah) dan Hutang (Floor88) & Bunga (Altimet) untuk persembahan pusingan kedua.

Famili Duo musim ke 2 diacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Manakala juri tetap masih kekal Ajai dan juga mummy Mas Idayu. Format malam akhir peserta akan diadili sebanyak 80% markah oleh juri tetap dan 20% markah lagi dari undian peminat. Tahniah kepada pasangan adik beradik yang makin meningkat nama ini dan diharap terus meraih populariti selepas ini dah berjaya menghasilkan lagu seperti mana kehebatan ayah mereka juga.








0 comments: