Dunia Penuh Gosip - Anugerah Meletop ERA Dunia Penuh Gosip: Anugerah Meletop ERA - All Post
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Meletop ERA. Papar semua catatan
Setelah beberapa kali ditangguhkan akibat pandemik bermula daripada tahun lepas lagi hingga ke tahun ini majlis Anugerah MeleTOP ERA 2021 telah berlangsung dengan jayanya di PICC Putrajaya dan secara langsung di Astro. Penyanyi, Shiha Zikir mencipta sejarah tersendiri apabila mendominasi Anugerah Meletop Era 2021 (AME 2021) dengan membawa pulang lima anugerah termasuk anugerah Top Top MeleTOP Wanita.



Bagi kategori tersebut Shiha membawa pulang RM10,000 dan sebuah trofi. Shiha pada malam berprestij itu turut membawa pulang empat anugerah lain termasuk Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP serta dua anugerah yang dimenangi bersama penyanyi rap, Noki iaitu Duo MeleTOP dan Lagu MeleTOP. Pencapaian Shiha itu meleburkan rekod dipegang penyanyi Siti Nordiana yang memenangi tiga anugerah pada AME 2020.

Sementara itu, penyanyi berbakat besar, Khai Bahar tidak pulang dengan tangan kosong apabila merangkul anugerah Top Top MeleTOP Lelaki sekaligus membawa pulang RM10,000 dan trofi.



Malam gilang gemilang itu juga diserikan dengan persembahan istimewa antaranya daripada penyanyi nombor satu negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu 'Kuasa Cinta' serta penyanyi berprofil tinggi, Dayang Nurfaizah dan Kumpulan Search. AME 2021 dikendalikan tiga pengacara tersohor, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Senarai penuh pemenang AME 2021 :

Lagu MeleTOP: Shiha Zikir & Noki (Aewo)
Filem MeleTOP: Ada Apa Dengan Dosa
Bintang Filem MeleTOP: Shiha Zikir
Personaliti TV MeleTOP: Jihan Muse
Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
Couple MeleTOP: Emma Maembong & Muhammad Shazli
Si Cilik MeleTOP: Arianna Aubrey & Karl Kareef
Pelakon MeleTOP: Fasha Sandha (Sihir Pemisah)
Program MeleTOP: Konsert Minggu Ini (Khai Bahar)
Artis Baharu MeleTOP: Dini Schatzmann
Artis Versatil MeleTOP: Shiha Zikir
Video MeleTOP: Wany Hasrita (Canggung)
Grup/Duo MeleTOP: Shiha Zikir & Noki
Drama MeleTOP: Kampung Pisang Bersiri-Siri
Influencer MeleTOP: Dr. Say
BBNU MeleTOP: Alyssa Dezek
Anugerah Legend MeleTOP: Roslan Aziz
Anugerah Sepanjang Zaman: Hamid Ghurka
Anugerah Khas MeleTOP: Datuk Aznil Hj Nawawi
Top Top Duo MeleTOP: Dolla
Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita: Shiha Zikir








Tahniah Siti Nordiana dan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai arti Top Top MeleTOP ERA Wanita dan Lelaki pada malam Anugeram MeleTOP ERA 2020 (AME 2020) pada 20 Dis 2020. Haqiem juga berjaya membawa pulang 2 lagi anugerah iaitu Penyanyi MeleTOP ERA dan juga Lagu MeleTOP ERA. Manakala Nana pula membawa pulang 3 lagi trofi anugerah lain iaitu Artis Versatail MeleTOP ERA, Group/Duo MeleTOP ERA dan Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan.



Senarai penuh pemenang setiap kategori AME 2020:

Fesyen Meletop - Syafiq Kyle

Influencer Meletop - Syahmi Sazli Production

Artis Baharu Meletop - Han Byul

Couple Meletop - Hanis Zalikha dan Hairul Hazreen

Si Cilik Meletop - Alisa Aisyah

Program Meletop - Sepahtu Reunion 2019

Artis Versatil Meletop - Siti Nordiana

Drama Meletop - Sweet Dreams

Lagu Meletop - Lembah Kesepian ( Haqiem Rusli)

Duo/ Kumpulan Meletop - Khai Bahar dan Siti Nordiana

Bintang Filem Meletop - Syafiq Kyle

Filem Meletop - Ejen Ali The Movie

Hos Meletop - Alif Satar

Pelakon Meletop - Ben Amir (Sweet Dreams)

Penyanyi Meletop - Haqiem Rusli

Top Top Meletop Group/Duo - Khai Bahar dan Siti Nordiana

Top Top Meletop Wanita - Siti Nordiana

Top Top Meletop Lelaki - Haqiem Rusli 

AME 2020 juga lebih istimewa kali ini dengan penampilan khas penceramah bebas Ebit Lew selain Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima Anugerah Khas AME 2020.

Pelakon Kamal Adli turut membuat kejutan kepada umum apabila melamar buah hatinya, Uqasha Senrose semasa siaran langsun AME 2020 yang diadakan di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya.







Siapa sangka siapa menduga rezeki telah tertulis bukan milik kita terima dengan redha dan pasrah. Itu yang mampu diumpamakan pada pemenang paling banyak dalam Anugerah MeleTOP ERA 2019. Majlis anugerah itu telah berlangsung dengan meriah malam tadi di Arena Axiata Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD. 


Semua orang tahu bahawa Syafiq Kyle paling banyak menang anugerah pada malam itu namun itu bukan jaminan untuk beliau memenangi anugerah utama Top Top MeleTOP Lelaki. Kyle berjaya memenangi 3 anugerah utama iaitu Fesyen MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan juga Bintang Filem MeleTOP. 


Namun kemenangan untuk kategori utama itu masih diungguli oleh juara tahun lepas iaitu Khai Bahar. Beliau berjaya memenangi satu ketegori sahaja iaitu Penyanyi MeleTOP tapi cukup kuat untuk menobatkan beliau sebagai juara utama Top Top MeleTOP pada malam tersebut.


Begitu juga dengan Siti Nurdiana yang berjaya memenangi kategori Hos MeleTOP sahaja tapi juga berjaya membawa pulang anugerah utama untuk Top Top MeleTOP Wanita. Bagi kategori lain kita dapat teka siapa bakal menang kerana masih banyak pemenang adalah daripada pemenang tahun-tahun lepas. 


Host pada malam tersebut adalah Nabil Ahmad, Neelofa dan juga Jihan Muse. 

Senarai pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2019:-

Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana
Penyampai Radio MeleTOP: Johan
Filem MeleTOP: Munafik 2
Drama MeleTOP: Lelaki Kiriman Tuhan
Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
Pelakon MeleTOP: Syafiq Kyle
Artis Lawak MeleTOP: Jep Sepahtu
Hos MeleTOP: Siti Nordiana
Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2018
Lagu MeleTOP: Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
Grup/Duo MeleTOP: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Program Radio MeleTOP: Johara Pagi Era
Si Cilik MeleTOP: Yusoff Al Qardawi
Couple MeleTOP: Nur Fazura & Fattah Amin
Artis Baharu MeleTOP: Eyra Hazali
Fesyen MeleTOP : Syafiq Kyle
Anugerah Khas MeleTOP: Datuk M. Daud Kilau









Tahniah kepada penyanyi yang makin menjadi kegilaan ramai iaitu Khai Bahar apabila buat pertama kali diumumkan sebagai pemenang utama iaitu Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki. Selain itu juga Khai membawa pulang 2 lagi anugerah lain iaitu Penyanyi MeleTOP dan juga Lagu MeleTOP melalui lagu Bayang.


Ternyata peminat Khai Bahar membuat kerja mereka apabila berjaya menaikkan nama penyanyi ini. Manakala bagi Anugerah Top Top MeleTOP Wanita pula terus milik Neelofa buat kali kedua. Selain itu juga selebriti yang banyak kontroversi tahun ini juga membawa pulang dua lagi anugerah iaitu Fesyen MeleTOP dan juga Pelakon TV MeleTOP.


Namun penganjuran Anugerah MeleTOP kali ke 5 ini banyak sangat yang tidak kena. Dari segi muzik dan juga pengurusan artis yang membuat persembahan beserta juga dengan penyampai. Moga mereka dapat perbaiki lagi semua kelemahan yang ketara kelihatan bagi mereka yang menonton secara lansung di kaca TV.


Senarai penuh pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2018 :-

Top Top Meletop Lelaki  = Khai Bahar 
Top Top Meletop Wanita = Neelofa 

Selebriti
Artis Baharu MeleTOP  = Farah Nabila
Artis Lawak MeleTOP   = Zizan Razak
Couple MeleTOP           = Jep & Sari Yanti
Fesyen MeleTOP           = Neelofa
Si Cilik MeleTOP          = Arif Jiwa Asyraf

Radio
Penyampai Radio MeleTOP  = Johan
Program Radio MeleTOP      = JOHARA Pagi ERA

TV
Drama MeleTOP            = Red Velvet
Program MeleTOP         = Sephatu Reunion Live 2017
Pelakon TV MeleTOP    = Neelofa
Hos MeleTOP                 = Nabil Ahmad

Muzik
Lagu MeleTOP ERA    = Bayang (Khai Bahar)
Penyanyi MeleTOP      = Khai Bahar
Grup/Duo MeleTOP     = Dato Sri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Filem
Filem MeleTOP                 = J-Revolusi
Bintang Filem MeleTOP    = Nur fazura (J-Revolusi)

Anugerah Khas Meletop     = Datuk Harjit Singh







Terbukti kekuatan gabungan Neelofa dan juga Fattah Amin dalam drama Suri Hati Mr Pilot dari tahun lepas terbawa-bawa ke tahun ini apabila mereka berjaya merangkul paling banyak kemenangan dalam Anugerah Meletop ERA 2017 yang telah berlangsung sebentar tadi. 


Anugerah ini telah menobatkan Artis Top Top Meletop lelaki dan wanita kepada pasangan hebat ini. Majlis anugerah AME17 telah berlangsung secara live dari Stadium Melawati Shah Alam dan juga di Astro RIA dan RIA HD. Di hoskan oleh Nabil, Neelofa dan Johan.


Tahniah kepada mereka kerana berjaya membuat fenomena kepada dunia seni tanah air walaupun hakikat ia hanyalah drama sahaja. Juga mengejutkan kekalahan Aiman Tino dalam semua kategori yang dipertandingkan sedangkan viewer youtube mencecah 30juta. Apa sudah jadi kepada peminat Aiman Tino?


Apa pun semua keputusan telah dibuat dan juga kemenangan tiada guna untuk dipertikaikan. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan senarai penuh pemenang pada malam AME17 seperti beritkut.

Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki
Fattah Amin

Anugerah Top Top MeleTOP Wanita 
Neelofa

Pelakon TV MeleTOP - Fattah Amin
Fesyen MeleTOP - Fattah Amin
Bintang Online MeleTOP- Fattah Amin
Hos MeleTOP - Neelofa
Program TV MeleTOP - Taste Selebriti (episod Neelofa)
Drama MeleTOP - Suri Hati Mr Pilot
Artis Lawak MeleTOP - Johan
Penyampai Radio MeleTOP - Johan
Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA
Lagu MeleTOP - Pencuri Hati (Ayda Jebat)
Penyanyi MeleTOP -  Siti Nordiana
Bintang Filem MeleTOP - Fasha Sandar (Anak Mami Nasi Kandar)
Filem MeleTOP - Munafik
Si Cilik MeleTOP - Yusof Iskandar
Couple MeleTOP - Akim & Stacy
Group / Duo MeleTOP - Dato Siti Nurhaliza & Faizal Tahir (Cinta Digarhayu)
Artis Baru MeleTOP - Khai Bahar





Tahun ini kembali lagi Anugerah MeleTOP ERA dan undian peringkat awal masih lagi dibuka. AME merupakan rancangan anugerah khusus untuk industri hiburan yang dianjurkan oleh rancangan MeleTOP & ERA FM. Anugerah MeleTOP ERA merupakan anugerah yang dipilih oleh para peminat untuk mengiktiraf selebriti terkemuka dan bakat dalam industri hiburan tempatan.


Sebanyak 17 Kategori Anugerah dipertandingkan dan akan diputuskan oleh para peminat melalui 100% undian. Tahun sebelum ini nama Ayda Jebat banyak kali menjadi juara adakah sejarah ini akan berulang. Mampukan artis-artis lain memberi saingan hebat kepadanya. Tugas anda menjalan undian bermula sekarang di laman web www.anugerahmeletopera.com.my.

Satu kategori baru diperkenalkan tahun ini iaitu Si Cilik MeleTOP. Ini kerana pengaruh dan juga kehebatan sambutan terhadap anak-anak artis tempatan yang telah mula mendapat populariti sejak kecil lagi. Ada sesetengah anak artis ini lebih popular daripada emak bapak mereka sendiri dengan ada followers berjuta-juta di sosial media. 

Muzik
Lagu MeleTOP ERA
Penyanyi MeleTOP
Grup/Duo MeleTOP

Radio
Penyampai Radio MeleTOP
Program Radio MeleTOP

Filem
Filem MeleTOP
Bintang Filem MeleTOP

TV/Online
Drama MeleTOP
Program MeleTOP
Pelakon TV MeleTOP
Hos MeleTOP
Bintang Online MeleTOP

Selebriti
Artis Baharu MeleTOP
Artis Lawak MeleTOP
Couple MeleTOP
Fesyen MeleTOP
Si Cilik MeleTOP






Buat julung kalinya, ERA akan mengadakan anugerah yang menggunakan 100% digital dan sosial media. Sebelum ini ERA pernah tampil dengan pelbagai majlis anugerah seperti Anugerah ERA pada tahun 2001 hingga 2007 Kemudian tampil dengan Anugerah Meletop ERA pada tahun 2014 hingga 2016. Kali ini apa lagi yang ERA nak anugerahkan?


Anugerah kali ini lain daripada yang lain hanya mempunyai 5 kategori yang akan dipertandingkan iaitu Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Nyanyian Semula Di Sosial Media Terbaik, Lagu Paling Emo 2016, Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 2016! Semua keputusan pemenang adalah daripada unduan penonton dan pengikut sosial media ERA. 

Jangan lupa untuk saksikan malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) bersiaran lansung di Facebook ERA fm pada 18 Januari 2017, jam 9 malam! #ERADMA2016. Layari laman web www.edma.era.fm untuk mengundi dan segala maklumat lanjut. Senarai penuh pencalonan mengikut kategori sebagai panduan korang untuk mengundi. 

Penyanyi Kolaborasi Terbaik
1) Faizal Tahir
2) Juzzthin
3) Tasha Manshahar
4) Waris
5) Yuna

Lagu Nyanyian Semula Di Sosial Media Terbaik
1) Aiman Tino (Ku Rela Dibenci)
2) Haqiem Rusli (Segalanya)
3) Khalifah (Hang Pi Mana)
4) Projector Band (Sudah Ku Tahu)
5) Sufian Suhaimi (Terakhir)

Lagu Paling Emo 2016
1) Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2) Hyperact - Takkan Pergi
3) Ezad Lazim - Demi Cinta
4) Projector Band - Sudah Ku Tahu
5) Sufian Suhaimi - Terakhir

Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 2016 
1) Ayda Jebat
2) Azhael
3) Black
4) Hazama
5) Kaka

Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 2016
1) Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
2) Projector Band - Sudah Ku Tahu
3) Syamel - Hidup Dalam Mati
4) Sufian Suhaimi - Terakhir
5) Tajul - Sedalam-dalam Rindu




Tak tahu kenapa memang tak puas hati atas keputusan Anugerah Meletop ERA 2016 yang baru belangsung malam tadi. Bukan tak puas hati apa tapi dari segi perjalanan anugerah tu yang buatkan ia nampak tak betul dan tidak seperti ada rehearsal antara artis, pengacara lupa skrip, penyampai tak tahu nak cakap apa, sound system yang tak memuaskan langsung dan banyak lagi.


Tu baru bahagian teknikal kalau bahagian pemenang lagi lah banyak yang tak puas hati. Tahu anugerah ni ditaja tapi tak adalah perlu ampu lebih2kan. Sampai yang tidak patut menang boleh menang katanya pengundi yang pilih tapi tahu ni semua kerja orang belakang. Tak apalah dah lepas pun menang sekadar di gelanggang sendiri tapi dalam dunia nyata kau tak mampu.

Apa pun tahniah kepada barisan pemenang #AME2016. Kat sini senarai penuh pemenang mengikut kategori :-

Anugerah Top Top Top Meletop Lelaki - JOHAN
Anugerah Top Top Top Meletop Wanita - Ayda Jebat
Anugerah Hos Meletop - Dato AC Mizal
Anugerah Penyanyi Meletop - Ayda Jebat
Anugerah Lagu Meletop - Ayda Jebat (Siapa Diriku)
Anugerah Group/Duo Meletop - Akim & Majestret
Anugerah Artis Lawak Meletop - JOHAN
Anugerah Program Meletop - Gegar Vaganza
Anugerah Penyampai Radio Meletop - JOHAN
Anugerah Program Radio Meletop - JOHARA Pagi ERA
Anugerah Drama Meletop - M.A.I.D
Anugerah Pelakon Meletop - Ayda Jebat
Anugerah Filem Meletop - Polis Evo
Anugerah Bintang Filem Meletop - Zizan Razak
Anugerah Fesyen Meletop - Dato AC Mizal
Anugerah Bintang Online Meletop - Dato Siti Nurhaliza
Anugerah Artis Baru Meletop - Mira Filzah
Anugerah Couple Meletop - Johan & Ozlyn 
Anugerah Khas Meletop - Zulkarnain Hassan 








Anugerah MeleTOP Era merupakan sebuah acara pengiktirafan yang dianjurkan oleh Astro dan Era FM, yang mengangkat karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital. Ianya bakal berlangsung pada 28 Februari 2016 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur dan anda dapat menunjukkan sokongan kepada artis pilihan anda dengan menghantar undian bagi memilih calon-calon kegemaran untuk setiap kategori.


Anugerah MeleTOP Era terbuka untuk semua artis-artis tempatan ataupun luar negara yang berkarya di Malaysia, yang merangkumi bidang muzik/ radio/ televisyen/ filem/ digital. Filem, lagu, program TV, program radio, persembahan dan video mestilah dikeluarkan/ dihasilkan oleh syarikat yang diasaskan di Malaysia. Tempoh undia secara online dan juga melalu RAKU apps juga di buka bermula daripada hari ini sehingga 15 January 2016 sebelum pukul 12.00 tengahari.

Jom lihat senarai pilihan MahaGosip untuk setiap kategori. 

1) Lagu Meletop
- Assalammualaikum (Faizal Tahir)
- Terbaik Bagimu (Dato Siti Nurhaliza)
- Hanya Namamu (Caliph Buskers)

2) Penyanyi Meletop
- Faizal Tahir
- Dayang Nurfaizah
- Dato Siti Nurhaliza

3) Group/Duo Meletop 
- Akim & The Majistret 
- Elizabeth Tan ft Faizal Tahir
- Kaka ft Sleeq

4) Program Radio Meletop
- Johara (ERA FM)
- Hitz Morning Crew (Hitz FM)
- SATE (ERA FM)

5) Penyampai Radio Meletop
- Johan (Johara ERA FM)
- Ean (Hitz Morning Crew Hitz FM)
- Abby Fana (Sembang Sinar Sinar FM)

6) Filem Meletop
- Cicakman 3 (KRU Studios Sdn Bhd) 
- Polis EVO (Astro Shaw Sdn Bhd)
- Jwanita (Nuansa Sdn Bhd)

7) Bintang Filem Meletop
- Shaheizy Sam (Polis EVO)
- Maya Karin (Jwanita)
- Fahrin Ahmad (Pilot Cafe)

8) Drama Meletop
- Tuan Anas Mikael (Astro Ria)
- M.A.I.D (Astro Ria)
- Keluarga Iskandar 2 (Astro Warna)

9) Pelakon Meletop
- Aaron Aziz (Tuan Anas Mikael)
- Syukri Yahaya (Abang Beduk)
- Ayda Jebat (M.A.I.D)

10) Program Meletop
- Gegar Vaganza 2015 (Astro Ria)
- Anugerah Juara Lagu 29 (TV3)
- Pencetus Ummah 2015 (Astro Oasis)

11) Hos Meletop 
- Jihan Muse (Gegar Vaganza 2015)
- Dato’ AC Mizal (Super Spontan All Stars 2015)
- Aliff Satar (MeleTOP Kebaboom)

12) Bintang Online Meletop
- Nora Danish
- Dato Siti Nurhaliza
- YB Khairy Jamaluddin

13) Artis Baru Meletop
- Eleena Harris (Lagu: Terlalu Rindu)
- Nazrief Nazri (Drama: Oh My English Class of 2015)
- Zahirah MacWilson (Drama: Mencintaimu)

14) Artis Lawak Meletop 
- Johan (Super Spontan All Stars Akhir)
- Ajak Shiro (Buana Oh Buana)
- Shuib Sepahtu (Mail dan Sudin Sambut Ramadan)

15) Couple Meletop
- Hanis Zalikha & Hairul Azreen
- Yana Samsudin & Fadzil Zahari
- Lisa Surihani & Yusry

16) Fesyen Meletop
- Rozita Che Wan
- Awal Ashaari
- Dato' AC Mizal

Pasti korang ada pilihan sendiri dan korang adalah penentu sepenuhnya kerana undian adalah kuasa pemenang untuk setiap ketegori. pilih base on bakat dan bukan melalui kontroversi yang keluar di media. Itu kerana artis tu tak guna ok. Selamat mengundi.






Semua sudah ketahui senarai penuh Top 5 bagi Anugerah Meletop ERA 2015 yg telah di umumkan. Bagi ramai peminat gembira kerana artis kesayangan mereka tercalon. Tidak kurang juga peminat Zizan Razak yg merupakan pencalonan paling banyak dalam kategori di pertandingkan. Hampir semua kategori ada nama Zizan. 8 kategori menjadi taruhan Zizan pada malam AME. Tapi dapatkah Zizan mengekalkan kejuaraan bagi semua kategori atau hanya bawa pulang satu.


Ini kerana dapat dilihat trend seakan telah berubah dan mungkin ada sesetengah org sudah bosan dengan lawak Zizan. Mana tidaknya sehinggakan Kumpulan Virus gabungan antara Zizan dan kumpulan Jambu tersingkir di peringkat separuh akhir Maharaja Lawak Mega. Kalau tidak sebelum ini Zizan yg biasa bergabung dengan Johan dan kumpulan Jambu pasti menjadi antara peserta pilihan untuk ke peringkat akhir.


Adalah trend ini akan terpalit buat Zizan di Anugerah Meletop ERA 2015. Kuasa di tangan penonton dan juga peminat seni tanah air. Adakah mampu Zizan terus berada di atas sepertimana zama kegemilangannya sebelum ini. Lakukan tugas anda untuk mengundi artis pilihan anda di laman www.meletop.com.my atau melalui SMS.

Saksikan senarai penuh pencalonan Top 5 Anugerah Meletop ERA 2015

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi – Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku – Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari – Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta – Zizan & Kaka
5) Malaikat – Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah