Dunia Penuh Gosip - Mahaguru Spontan Dunia Penuh Gosip: Mahaguru Spontan - All Post
Memaparkan catatan dengan label Mahaguru Spontan. Papar semua catatan
Mahaguru Spontan LIVE lah sangat!! merupakan sebuah persembahan permainan komedi improvisasi lanjutan daripada program-program seumpamanya iaitu Spontan, Super Spontan, Liga Lawak Superstar, dan Actorlympics. Program ini akan mempersembahkan pelawak-pelawak berbakat Malaysia sebagai pemain permainan improvisasi secara spontan dan LIVE dari Panggung Sari, Istana Budaya.


Sebuah persembahan nyanyian pembukaan akan disusuli dengan permainan improvisasi secara berturut-turut, diyakini bakal menjadi sebuah persembahan komedi yang paling lawak di Malaysia.Berbeza dari program seumpamanya, penglibatan penonton dalam persembahan seperti pengolahan situasi dan bermain dalam beberapa permainan bakal menggamatkan lagi suasana.

- Tiada persembahan Dato' Siti Nurhaliza pada jam 3.00petang 22 October 2016.
- Tiada persembahan Douglas Lim pada jam 8.00malam 22 October 2016.
- Tiada persembahan Abam Bocey pada 23 October 2016.

KONSEP

PERMAIN : Permainan yang akan dimainkan terdiri daripada permainan-permainan yang terdapat di dalam rancangan Spontan, Super Spontan, Actorlympics dan Liga Lawak Superstar.

‘HULUBALANG SPONTAN’ : Penonton boleh mencadangkan situasi berdasarkan penerangan dari host dan menulis situasi tersebut untuk dikumpulkan oleh ‘Hulubalang Spontan’ yang membawa balang-balang mereka untuk diserahkan kepada pengacara.

PERMAINAN IMPROVISASI : Kesemua permainan improvisasi yang dimainkan adalah berdasarkan situasi dan cadangan yang telah penonton tuliskan dan letakkan ke dalam balang di awal persembahan itu tadi.

PEMILIHAN PEMAIN : Host akan memilih pemain untuk bermain. Namun, host juga boleh membuka ruang kepada penonton untuk mencadangkan pemain.

PERMAINAN FIZIKAL : Untuk persembahan penutupan, pengacara akan membawa penonton ke sesi fizikal di mana kesemua selebriti akan bermain permainan yang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

PERSEMBAHAN PENUTUP : Setelah berakhirnya permainan fizikal, selebriti akan mendendangkan lagu yang bermotifkan perpisahan dengan lirik-lirik yang berisikan pesanan penaja atau pesanan khidmat masyarakat (PSA); contohnya: PETA, kempen kesedaran penyakit kanser, dan lain-lain.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi +6012283 2842 atau layari http://www.airasiaredtix.com.