Dunia Penuh Gosip - Warga Emas Dunia Penuh Gosip: Warga Emas - All Post
Memaparkan catatan dengan label Warga Emas. Papar semua catatan
Menjelang 2030, penduduk Malaysia diunjur menjadi masyarakat menua dengan mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas merangkumi 15% daripada jumlah keseluruhan penduduknya. Tambahan pula, dengan gaya hidup generasi muda yang berfokuskan kerjaya, warga emas di Malaysia akan sering menghadapi cabaran yang timbul daripada persepsi ketidakupayaan dan kebergantungan 24 jam mereka. Bagi menangani penuaan penduduk dan sekaligus menyediakan persekitaran hidup yang lebih kondusif bagi mereka, adalah ketara bahawa keperluan untuk menyediakan lebih banyak kediaman sepenuh masa di Malaysia semakin meningkat.



Pacific Senior Living, sebuah jenama memuncul dalam kediaman warga emas di bawah Columbia Pacific Management Group, telah secara rasmi memperkenalkan kediaman warga emas pertamanya, Acacia, di Bandar Diraja Klang, Malaysia. Hartanah mercu tanda ini telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Kedudukan strategiknya di pusat bandar Klang dan tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, Acacia menawarkan kesejahteraan holistik dan nafas baharu kepada warga emas, dengan kepakaran dan kualiti perkhidmatan yang terbukti. Kediaman ini mewakili pendekatan terobosan dalam gaya hidup warga emas, menampilkan suasana seolah-olah sebuah resort, kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti untuk individu berumur 60 tahun ke atas. Di sebalik persekitarannya yang indah, lokasi utama ini menawarkan ketenangan kepada penghuninya menginap di persekitaran yang penuh bersejarah. Selain itu, penghuni juga dijamin kebolehcapaian mudah kepada kemudahan serta perkhidmatan kritikal.



Menurut unjuran Bank Dunia, Malaysia bakal mencapai status negara sangat menua (super-aged nation) menjelang 2056, di mana 20% daripada penduduknya akan berumur 65 tahun dan ke atas.1 Sebagai tindak balas kepada peralihan demografi ini, Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Senior Living Sdn. Bhd., Carl Nicholas Isaac melahirkan komitmen beliau dengan menyatakan bahawa, "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Acacia, kediaman dibantu dan berdikari sulung kami di Lembah Klang yang dibina khas. Ketika Klang semakin menghampiri pengiktirafan sebagai bandar raya keempat di Selangor dan ke-20 di negara ini, kami yakin Klang mampu menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan bertaraf antarabangsa yang akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi kemudahan kehidupan warga emas yang inovatif di Lembah Klang.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan kemampanan Pacific Senior Living dan komitmen terhadap daya tahan perubahan iklim, Acacia telah diberi nafas baharu melalui pengambialihan bekas Hotel Merrida yang bertaraf 4 bintang. Acacia menawarkan sejumlah 136 bilik yang direka teliti, menampilkan tiga susun atur berbeza berukuran 312 kaki persegi hingga 592 kaki persegi, yang termasuk pilihan Bilik Superior, Eksekutif dan Premier. Kediaman serba moden ini telah direka bentuk dengan penuh teliti, menggabungkan elemen yang memberi perhatian kepada perincian seperti kelengkapan dan perabot anti-jatuh serta susun atur ergonomik. Residensi ini menawarkan pelbagai kemudahan yang komprehensif, termasuk kolam renang, jakuzi panas, kawasan barbeku, bilik hiburan (karaoke dan bilik tayangan), serta meja biliard dan mahjong, antara lain. Acacia juga menawarkan kemudahan khusus seperti perkhidmatan fisioterapi dalaman dan bengkel hobi, untuk memenuhi pelbagai minat penghuni. 



Pacific Senior Living juga dengan bangganya memperkenalkan ‘Silver Club,’ perkhidmatan jagaan harian inovatif dalam memastikan penghuninya mendapat penjagaan menyeluruh dan menyertai aktivitiaktiviti yang menarik. Perkhidmatan unik ini mewujudkan persekitaran yang mesra dan menarik di mana warga emas boleh menikmati pelbagai aktiviti , bersosial dan mendapat penjagaan profesional di bawah satu bumbung. Menerusi pelbagai program dan perkhidmatan, Silver Club dirancang untuk mempromosi kesejahteraan fizikal, mental dan emosi, segalanya dengan fleksibiliti pilihan jagaan harian.

Ciri tambahan ini meningkatkan keselesaan dan ketenangan fikiran bagi mereka yang ingin mendapatkan penyelesaian penjagaan warga emas yang komprehensif dan fleksibel. Ia merupakan bukti dedikasi Pacific Senior Living untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas. “Kami memberi penekanan yang amat penting untuk menyampaikan sokongan holistik bagi kedua-dua kehidupan berdikari dan dibantu, terutamanya bagi individu yang bergelut dengan isu seperti gangguan pendengaran, batasan pergerakan dalam rutin harian mereka dan isu mobiliti. Perkara sebegini adalah isyarat jelas tentang perlunya penjagaan khusus. Dengan kerjasama Columbia Asia, penyedia penjagaan kesihatan strategik kami, kami komited untuk memastikan setiap penghuni di Acacia mendapat akses kepada sumber penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang luar biasa di pintu depan mereka," tambah Carl.



Acacia menawarkan pelbagai perkhidmatan yang merangkul komitmen tanpa batasan Pacific Senior Living dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan warga emas yang terbaik yang juga meliputi kesejahteraan holistik. Perkhidmatan yang disediakan termasuk, penilaian pra-perubatan sewaktu daftar masuk, lawatan berjadual daripada profesional penjagaan kesihatan, akses 24/7 kepada ‘Wellness Associates,’ (‘caregivers’) pemberian ubat dan suplemen di bawah pengawasan, hidangan khas (gourmet) yang dirancang teliti oleh pakar pemakanan. 

"Pengerusi kami, Encik Dan Baty mengasaskan Hospital Columbia Asia di Kuala Lumpur hampir 30 tahun lalu. Kami tertarik kerana Malaysia menyediakan persekitaran pelaburan yang menggalakkan, penduduknya yang berperibadi mulia, dan peluang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan mampu milik yang berkualiti tinggi. Kami berbangga dengan kejayaan hospital Columbia Asia yang telah menyediakan perkhidmatan kepada jutaan pesakit sedekad lalu. Hari ini, kami berbesar hati kerana Columbia Asia berkhidmat sebagai rakan kongsi perubatan kepada Pacific Senior Living. Dengan pembukaan residensi komuniti warga emas pertama kami di Malaysia, kami sedar bahawa banyak faktor yang berpengaruh masih tidak berubah seperti iklim pelaburan yang kukuh, peningkatan permintaan untuk perkhidmatan kediaman warga emas bertaraf antarabangsa yang berkualiti tinggi, dan, sudah tentunya, kemesraan, layanan baik dan dedikasi rakyat Malaysia,” kongsi Nate McLemore, Pengarah Urusan Global, Columbia Pacific Management.



Ada banyak persamaan dalam kejayaan hidup warga emas tidak kira jika anda berada di New York, Seattle, Shanghai atau Bangalore. Tidak kira budaya, warga emas ingin menjalani kehidupan yang cergas dan bermakna sepanjang zaman keemasan mereka. Mereka mahu dilayan dengan hormat serta bermaruah. Keinginan warga emas yang mahu berhubung dengan rakan penghuni, kakitangan, serta keluarga dan sahabat handai yang berkunjung perlu dilayan juga selain daripada memenuhi keperluan perubatan dan menghulur bantuan dalam kehidupan seharian mereka. Program aktiviti yang mantap juga membantu mengekalkan minda dan badan yang aktif," tambahnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua perkhidmatan yang ditawarkan, Acacia PSL menjemput orang ramai untuk bagi mengenali secara lebih dekat gaya hidup dan persekitaran yang luar biasa yang disediakan dengan memohon lawatan peribadi. Rebut peluang promosi tempahan awal apabila anda hadir untuk mengecapi kehidupan berkomuniti di kediaman sulung berdikari dan dibantu yang dibina khas Pacific Senior Living.








Bersempena bulan Ramadan yang mulia, Resorts World Genting baru-baru ini tidak ketinggalan untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim dan warga emas yang kurang bernasib baik. Majlis berbuka itu diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik khas buat kanak-kanak dan warga emas bersempena dengan musim perayaan dengan meraikan mereka untuk merasai pengalaman terbaharu yang terdapat di Resorts World Genting.


Seramai 158 orang daripada tiga rumah anak yatim (Dar Asnaf Al-Fateh Gombak, Rumah Kasih Nurul Hasanah, Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin) berserta 12 orang warga emas dari Pusat Jagaan Warga Emas Husna Arrashid di bawa melalui Gunung Ulu Kali bagi menikmati permandangan indah hutan hujan sebelum tiba ke puncak. Setibanya di Hotel Genting Grand, kesemua mereka disambut mesra oleh kakitangan Resorts World Genting. Turut bersama-sama menyambut kedatangan mereka adalah Puan Seri Cecilia Lim, isteri kepada Pengerusi Genting Malaysia Berhad dan CEO, Tan Sri Lim Kok Thay, Dato’ Edward Hollaway, Naib Presiden Eksekutif Leisure dan Hospitaliti dan Katherine Chew, Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi.

Senyuman jelas terpancar daripada wajah anak-anak yatim dan warga emas yang disambut mesra oleh semua kakitangan Resorts World Genting sambil menikmati cuaca sejuk. Puan Seri Cecilia Lim dalam ucapannya berkata:

Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang diraikan kerana sudi hadir ke majlis berbuka puasa pada hari yang cukup istimewa ini. Bulan Ramadan merupakan bulan yang suci buat rakan-rakan beragama Islam yang menjalani ibadah puasa. Bulan ini juga merupakan salah satu masa buat kami menghulurkan tangan dan juga sebahagian daripada cara Resorts World Genting berbakti kepada masyarakat.


Kemesraan antara para tetamu yang diraikan dan wakil pihak Kumpulan Genting seperti kawan, ketika mereka semua dibawa melawati kawasan atrium pusat beli-belah SkyAvenue. Kesemua mereka turut menyaksikan buat pertama kali ‘Batman Experience’ di pentas SkySymphony. Ia merupakan persembahan meraikan 80 tahun adiwira ikonik tersebut menerusi paparan skrin 360 berserta pertunjukan bebola win yang bergerak seiring bersama-sama muzik yang dimainkan.

Selepas selesai menyaksikan pertunjukan tersebut, mereka kemudian dibawa ke Snow World untuk satu lagi pengalaman baharu. Snow World yang terletak di World Plaza memnjanjikan para tetamu pengalaman merasai musim sejuk mempersonakan pada suhu sejuk -6°C. Ketika di situ mereka disambut mesra para kakitangan sambil mengenakan sarung tangan, kasut but dan jaket sejuk. Mereka diberikan satu taklimat ringkas ketika di pintu masuk sebelum dibenarkan masuk menikmati musim sejuk. Kelihatan anak-anak yatim begitu teruja dengan salji dan semua tarikan ilusi 3D. Kedengaran juga tawa riang gembira sesama mereka ketika melungsur dengan tobogan dan membaling bola salji antara satu sama lain.


Setelah puas merasai salji buat kali pertama, kumpulan itu kemudian dibawa bersiar-siar di pusat beli-belah SkyAvenue sebelum ke Adventureland yang terletak di Aras 4 untuk menyaksikan dinosaur dan perkara pelik. Ketika berada di Pusat Penyelidikan Jurassic, mereka dibawa mengembara merentas masa ke zaman ketika dinosaur menguasai bumi. Ada dalam kalangan mereka kelihatan takut dan ada juga yang berani untuk mendekati dinosaur yang dipamerkan. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke dunia pelik Ripley's Believe it or Not untuk melihat barang-barang paling pelik dan aneh di dunia. Di situ mereka juga berkesempatan bermain-main dengan paparan interaktif disulami gelak tawa yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Sesudah persembahan yang luar biasa IMAGINATRICKS, mereka kemudian keluar untuk menghirup udara sejuk kawasan pergunungan sambil melihat permandangan langit yang bertukar senja. Menghampiri masa berbuka puasa, mereka semua dibawa menaiki kereta kabel Awana Skyway di SkyAvenue sambil melihat panorama indah ketika perjalanan turun. Setelah tiba di Hotel Awana, mereka terus dibawa ke Rajawali Coffee House dengan lebih 100 juadah menanti untuk berbuka. Puan Seri Cecilia Lim, Dato’ Edward Holloway dan Katherine Chew turut kelihatan bagi menyambut mereka.


Apabila azan Maghrib berkumandang, para tetamu mula menikmati juadah bufet bertemakan pasar malam yang disediakan. Terdapat pelbagai gerai yang menyediakan menu makanan dan minuman bercitarasa tempatan yang terdiri daripada pilihan Ayam Percik hingga ke Murtabak, Nasi Beriani ke Kambing Golek, makanan laut segar dan pelbagai pilihan kuih tradisional. Kakitangan Kumpulan Genting yang terlibat turut kelihatan membantu para tetamu bagi memastikan setiap hidangan bufet Buka Puasa yang disediakan dapat dirasai oleh mereka.

Selepas makan anak-anak yatim dan warga emas ini diberikan satu lagi kejutan. Setiap seorang daripada mereka menerima hamper berupa barang keperluan dapur untuk dibawa pulang. Setiap anak-anak yatim turut menerima beg hadiah yang mengandungi set alat tulis serta peket Duit Raya. Tidak dilupakan juga buat warga emas, mereka turut menerima beg hadiah mengandungi barangan kemudahan harian diri.


Selepas selesai semuanya, kini tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Pasukan Resorts World Genting  mengambil peluang mengucapkan selamat tinggal kepada setiap tetamu dan mengharapkan mereka bergembira pada bulan Ramadan serta pada Hari Raya Aidilfitri nanti dengan ucapan akan berjumpa lagi. Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan penganjuran Majlis Berbuka Puasa ini bakal menjadi salah satu hari istimewa buat anak-anak yatim dan warga emas untuk dikenang.