14 Pelajar Akademi Fantasi 2016 Diperkenalkan Dan Seorang Pelajar Akan Diserap Masuk | Dunia Penuh Gosip

14 Pelajar Akademi Fantasi 2016 Diperkenalkan Dan Seorang Pelajar Akan Diserap Masuk

Seramai 14 orang pelajar Akademi Fantasia (AF) 2016 telah diperkenalkan baru2 ini kepada media. AF2016 menyaksikan tujuh pelajar lelaki iaitu Amal, 21 (Pulau Pinang) Amir, 20 (Selangor), Ikram, 26 (Kuala Lumpur) Zarol, 23 (Johor Bahru), Rais, 22 Selangor), Halmy, 23 (Kuala Lumpur) dan Isa, 23 (Selangor).


Manakala tujuh pelajar perempuan ialah AFI, 23 (Sabah), Ara, 19 (Negeri Sembilan), Rahila, 20 (Singapura), Riana, 26 (Pahang), Jasper, 23 (Johor), Reshma, 18 (Selangor) dan Asha, 20 (Melaka). Hanya 2 orang pelajar perampuan yang bukan Melayu layak iaitu Kareshma Martin John Patrick dan Jasper James Supayah.


Sesi memperkenalkan barisan pelajar baru AF telah berlangsung di Soju, Sunway pada petang Selasa. Istimewanya musim ini, juara pertandingan JoHaRaStar anjuran radio rasmi AF2016, ERA fm akan diserap masuk untuk menyertai 14 pelajar lain pada konsert mingguan ketiga. Masih mengekalkan pengacara yang lalu Zizan Razak. Manakala Dahlia Syazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal sebagai pengacara Diari AF 2016.


AF 2016 akan mula bersiaran secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 21 Ogos ini. Konsert mingguan akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sementara itu rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.








1 ulasan: