Tahniah UNIC Juara Gema Gegar Vaganza Musim Pertama | Dunia Penuh Gosip

Tahniah UNIC Juara Gema Gegar Vaganza Musim Pertama

Akhirnya pertandingan berkonsepkan Islamiah di Astro telah menemui juaranya. Gema Gegar Vaganza Akhir telah berlangsung semalam dan menobatkan UNIC sebagai juara pertama. Tahniah buat kumpulan yang dianggotai Bazli, Fakhrul dan Najdi juara dengan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi. 
Manakala tempat kedua menjadi milik kumpulan Hijjaz yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan juga trofi. Tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Mirwana yang membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

Berada ditempat keempat pula adalah milik Azmi, tempat kelima, Hafiz Hamidun dan tempat keenam milik kumpulan Saujana. Persembahan akhir setiap peserta perlu menyampaikan sebuah lagu nyanyian asal mereka dan juga pusingan kedua adalah pusingan battle. 

Tahniah kepada semua peserta akhir kerana anda adalah pemenang di hati peminat muzik nasyid yang pernah gemilang satu masa dulu. Kini moga program ini akan menaikan semula muzik ini dan memberi ruang kepada mereka untuk terus berkarya. Tetap minat lagu Ainul Mardhiah nyanyian kumpulan UNIC sangat menyentuh hati.






0 comments: