Pizza Hut baru sahaja melancarkan cara penghantaran terhebat untuk menghantar pizza lazat mereka; dengan menggunakan salah satu kereta terpantas di dunia.
Kempen ini merupakan salah satu inisiatif Pizza Hut untuk sentiasa memberikan keseronokan dan keceriaan kepada pelanggan apabila menerima makanan penghantaran dan mengukir kenangan manis dan luar biasa yang tidak dapat dilupakan dengan kejutan yang paling tidak dijangka sempena sambutan hari April Fool’s.
“Pizza Hut memang sentiasa terkenal untuk memberikan lebih dari sekadar pizza kepada pelanggan-pelanggan yang disayangi, - semua yang kami lakukan adalah untuk meraikan pizza itu sendiri, dan kemampuannya untuk mengubah keadaan biasa menjadikannya sebuah pengalaman menyeronokkan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Pada tahun ini, cara apa lagi yang lebih baik dari meraikan dan menyuntik keseronokan pada Hari April Fool’s daripada dengan melayan pelanggan kami dengan kelainan yang tidak dijangka melalui khidmat penghantaran kami,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.
“Kami sentiasa percaya bahawa untuk menunggu penghantaran pizza seharusnya menyenangkan dan menggembirakan sama seperti apabila anda menikmati pizza anda. Jadi, kami telah membuat penghantaran hari ini dipertingkatkan lagi dengan kenderaan terhebat bagi menjadikan setiap saat penghantaran sebagai pengalaman hebat yang selalu diharapkan dari Pizza Hut.”
Adakah anda bersedia untuk menerima penghantaran pizza panas dan lazat kegemaran anda di hadapan pintu rumah? Dengan hanya satu klik pesanan di www.pizzahut.com.my atau Pizza Hut App, pizza anda mungkin akan tiba dalam sekelip mata. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.
0 comments: