Pasangan Anak Beranak Liza Hanim Dan Marsya Juara Talk To My Manager 2025 | Dunia Penuh Gosip

Pasangan Anak Beranak Liza Hanim Dan Marsya Juara Talk To My Manager 2025

Selepas lapan minggu berentap, pentas Talk To My Manager (TTMM) menyasikan pasangan anak beranak, Liza Hanim X Marsya dinobat sebagai juara.



Hasil kemenangan tersebut  telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi.

Tempat kedua disandang oleh Shuib X Thalita yang membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala Sharifah Shahirah X Audra berada di tempat ketiga membawa pulang  RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, Ameng X Ammar serta Ina Naim X Hadie memenangi tempat keempat disusuli di tempat kelima dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi.

Manakala Siti Sairah X Amad, meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai, RM3,000 berserta trofi.






0 comments: