Kumpulan Nanas Tepati Ramalan Juara Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 5 | Dunia Penuh Gosip

Kumpulan Nanas Tepati Ramalan Juara Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 5

Kumpulan Nanas menepati ramalan dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.



Kumpulan yang dianggotai oleh Achey, Namie dan Shashic setiap minggu mempamerkan lawak yang konsistan dan diluar kotak selalu mendapat pujian dari juri tetap iaitu Aznil Hj Nawawi, Bella Astila dan Zizan Razak. 

Manakala kumpulan Roda yang dianggotai oleh Fad, Sharif dan Naqiu mendapat markah mendapat tempat kedua, menerima hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi.

Seterusnya satu-satunya kumpulan wanita iaitu Kimbab yang dianggotai Zulin Aziz, Nasz Sally dan Maryam Kimchi di tempat ketiga membawa pulang RM50,000 serta trofi. 

Kumpulan Puteh yang dianggotai Ali Puteh, Mamak Puteh dan Aretoy pula menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi. 

Ahli kumpulan Nanas iaitu Namie memenangi anugerah Superstar Paling Gempak MLS5. Pada malam minggu akhir semua kumpulan dikehendaki melakukan dua tugasan. Tugasan kedua pula bersama dengan artis jemputan. 






0 comments: