Penuh Kejutan Pemilihan Juara Kilauan Emas 5 Tahniah Wak Mustar | Dunia Penuh Gosip

Penuh Kejutan Pemilihan Juara Kilauan Emas 5 Tahniah Wak Mustar

Berakhir sudah pertandingan mencungkil bakat otai2 di negara kita mana lagi kalau bukan Kilauan Emas yang telah masuk musim ke 5. Malam kemuncak yang berlangsung secara langsung di CIDB Konvensyen Center Cheras dan di pancarkan oleh Astro Prima dan Astro Maya HD. Tapi malam tersebut penuh kejutan apabila buat pertama kalinya dua perserta akhir yang bakal menjuarai Kilauan Emas 5 di minta untuk battle sekali lagi. 

Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5

Ini semua kerana permintaan juri terutama Dato Hattan yang menyuarakan bahawa mahukan dua peserta akhir kena menyanyi sekali lagi. Namun kehebatan kedua2 peserta iaitu Elji dan Wak Mustar tidak dapat dinafikan lagi. Tuah telah memihak kepada Wak Mustar di umumkan pemenang setelah juri berpuas hati dengan persembahan akhir mereka pada malam tersebut.

Wak Mustar membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan juga trofi serta sebuah motosikal Royal Enfield dan kerusi urut sumbangan Go Shop. Manakala Elji tempat kedua membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi serta barangan perkakasan dapur sumbangan Go Shop. Manakala tempat ketiga di menangi oleh Aling dan tempat keempat di miliki oleh Lina. Semua peserta pada malam tersebut membuat dua persembahan iaitu persembahan solo dan duet dengan artis pilihan.


Juga di umumkan pemenang Pilihan Juri iaitu Wak Mustar dan juga pemenang cabaran Nestle Omega Plus yang telah di menangi oleh Dr Ann yang telah berjaya mengurangkan kolestrol sepajang minggu Kilauan Emas 5 berlangsung. Apa pun persembahan peserta pada malam ini sungguh memukau dengan nyanyian yang penuh tenaga dan juga bersahaja seperti seorang otai. Ini kerana otai masih berbisa. Jumpa di Kilauan Emas yang akan datang.







0 comments: