Projek Komedi Warna Lahir Juara Pertama Kumpulan Bora | Dunia Penuh Gosip

Projek Komedi Warna Lahir Juara Pertama Kumpulan Bora

Tahniah kepada kumpulan Bora kerana telah menjadi juara tunggal bagi Projek Komedi Warna yang telah berlangsung 8 minggu sebelum ini. Malam tadi malam kemuncak akhir yang di tayangkan di Astro Warna secara langsung dari Studio Pinewood Iskandar Malaysia. Program baru ini di sertai 16 kumpulan dan setiap minggu ada penyingkiran dan akhir tinggal 5 peserta sahaja.


Kumpulan Bora yang pada awal minggu tidak bergitu menyerlah malah pernah menjadi peserta bottom 3 dan hampir tersingkir. Tapi Bora mula bangun pada minggu ker 5 dan terus maju dengan lawak2 yang lebih segar. Kumpulan yang terdiri dari 3 jejaka iaitu Mat, Isa dan juga Nafi adalah satu2nya perserta berasal dari Singapura. Peserta dari program Raja Lawak 7 ini juga telah memenangi tempat ketiga dalam program tersebut.


Kumpulan Bora telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.00 dan juga piala. Manakala tempat kedua pula telah di menangi oleh kumpulan Puteh yang terdiri daripada  duo rakan baik iaitu Din dan Ali. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000.00 dan juga trofi. Tempat ketiga pula di menangi oleh satu2nya kumpulan wanita dalam program ini iaitu Awok yang berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000.00 dan juga trofi.


Ada dua lagi kumpulan yang berada di tempat ke empat iaitu kumpulan Exzos dan juga tempat kelima iaitu kumpulan XOXO yang membawa pulang wang tunai RM15,000.00 dan juga trofi. Program baru ini adalah bertujuan untuk melahirkan pelawak lepapis bagi melayakkan mereka ke program yang lebih besar selepas ini sperti Maharaja Lawak Mega. Tahniah kepada semua pemenang dan juga Astro berjaya menaikkan martabat pelawak negara.







0 comments: