AF 2015 Senarai Pelajar Dan Pengajar | Dunia Penuh Gosip

AF 2015 Senarai Pelajar Dan Pengajar

Telah tersenarai 16 orang pelajar AF 2015 yang akan berentap dalam minggu penentuan dimana mungkin ada penyingkiran dan jumlah yang ada sekarang akan lebih kecil. Itu adalah pada malam minggu penentuan iaitu yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2015 secara langsung di Astro Ria dan Ria HD.  Turut di perkenalkan adalah barisan pengajar dan juga pengetua AF 2015.

Barisana pengajar kesemuka muka lama iaitu Acis sebagai pengarah muzik konsert, Shahrol (guru vokal), Fatimah Abu Bakar (guru motivasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (guru tarian dan kareografi), Fauziah Nawi (guru seni persembahan) manakala Que Haidar sebagai guru pementasan. Manakala Pengetua adalah komposer terkenal Edry Abdul Halim yang akan mengetuai AF tahun ini.


Barisan pelajar AF 2015 pula adalah Sharul [Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan], Iqwan [Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak], Syamel [Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur], Openg [Anthonasius Jadil, 23, Sabah] dan Faroq [Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka], Sufi [Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura], Syahid [Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka] dan Wili [Suili George, 28, Sabah].

Manakala lapan orang pelajar perempuan pula ialah Bila [Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur], Ziqa [Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor], Arisa [Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor] dan Aziah [Aziah Awang, 21, Sabah].
Pelajar lain ialah Ifa [Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah], Lisa [Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak], Rachel [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang] dan Dalila [Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura].

Siaran langsung AF 2015 akan di adakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam. Rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi juga dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF 2015 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam bermula 3 Ogos depan.





 

0 comments: