Kontroversi Menjulang Zizan Juara Super Spontan All Stars | Dunia Penuh Gosip

Kontroversi Menjulang Zizan Juara Super Spontan All Stars

Walaupun hidupnya kini penuh kontriversi dan pelbagai isu yang di perkatakan di dalam dada akhbar, di media social dan macam2 lagi tentang artis ini. Zizan siapa tidak kenal yang daripada isu percintaan, isu lawak tak menjadi, isu kalah banyak anugerah, isu menngakibatkan artis lain di gugurkan dari produksi filem dan macam2 lagi. Kalau cari di internet semua isu tentang artis ini sangat2 begitu hangat.


Tapi itu semua tidak menggugat Zizan untuk terus berada dalam dunia senia tanahair. Kejayaan demi kejayaan di cipta buat Zizan dalam situasi yang penuh kontroversi ini. Pertama melalui kejayaan lakonan beliau melalui filem Polis EVO yang telah berjaya pecah panggung dengan kutipan 17Juta. Sungguh mengkagumkan atas kejayaan ini mungkin semua isu ini membangkitkan filem ini.

Malam ini pula sekali lagi Zizan membuktikan bahaya beliau masih ada peminat dan masih mampu menghiburkan dunia seni tanahair. Beliau yang telah menyertai Super Spontan All Stars selama 10 minggu semalam di nobatkan sebagai juara Super Spontan All Stars. Beliau berjaya mengalahkan Johan, Achey, Pak Yus, Rahim dan Tokey. Keputusan yang mengejutkan dan begitu bermakna buat Zizan yang turut mengalirkan air mata tidak percaya di nobatkan sebagai juara.


Zizan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.00 dan juga sebuah motorsikal kuasa besar. Manakal Johan mendapat tempat kedua membawa pulang wang tunai RM75,000.00. Di tempat ke tiga pula milik Achey yang menerima wang tunai RM50,000.00, Pak Yus tempat ke empat membawa pulang wang tunai RM30,000.00, manakala Rahim membawa pulang RM10,000.00 dan Taukey tempat ke 6 wang tunai RM5,000.00.

Adakah ini pertanda bahawa Zizan akan bangkit semula daripada segala kontroversi ini. Adakah tahun 2016 akan membawa lebih banyak kejayaan dan kegemilangan Zizan. Sama2 kita saksikan dan nantikan adakah Zizan tidak terus lupa diri atau terus jadi seperti dulu. Tahniah buat Zizan anda masih ada peminat.









0 comments: