Mari Kita Mengundi Bagi Kemenangan Kepada Upin & Ipin Dalam #ITA2016 Sekarang | Dunia Penuh Gosip

Mari Kita Mengundi Bagi Kemenangan Kepada Upin & Ipin Dalam #ITA2016 Sekarang

Apa itu #ITA2016? Ramai tertanya-tanya apa kaitan ITA2016 dengan Upin dan Ipin. Sebenarnya ITA2016 ada sebuah majlis anugerah berprestij di negara seberang Indonesia. ITA atau Indonesia Television Awards 2016 merupakan sebuah penghargaan terbesar dan paling prestij terhadap program TV, pelakon TV serta insan musik di Indonesia, yang terdiri dari 12 kategori.
Upin & Ipin menjadi satu-satunya calon dari Malaysia yang tercalon untuk kategori Program Animasi Terpopuler. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu bangga dan bagi sokongan kepada rancangan animasi yang berjaya mengharumkan nama di peringkat antarabangsa.

Dapatkan DVD terbaru Upin & Ipin di sini sekarang juga



Cara untuk korang mengundi Upin & Ipin adalah seperti berikut :-

1) 1 ID untuk 1 undi.
2) Undian melalui akaun twitter perlu mendaftar sebelum 1 Ogos 2016 dan mempunyai minima 50 follower
3) Undian melalui akaun Facebook harus LIKE Fanpage Indonesia Television Awards dan baru buat undian. 
4) Cara undi adalah dengan komen di foto kategori dalam Fanpage ITA seperti ini.
Type #ITA2016<jarak>Kode Kategori<jarak>Nama Pencalonan. (lihat gambar di bawah).


5) Tempoh mengundi adalah bermula dari 22 Ogos hingga 12 September 2016.

Jadi masih ada beberapa hari sahaja lagi untuk kita mengundi bagi kemenagan besar Upin dan Ipin di sana. Upin dan Ipin adalah animasi yang sangat mendapat tempat dihati penonton di Indonesia. Sehinggakan ia menjadi viral dan ikutan kanak-kanak di sana. Sama-sama kita doakan kejayaan animasi Malaysia ini dipersada antarabangsa.

Nantikan filem terbaru daripada Upin dan Ipin tak lama lagi









0 comments: