Juara Pertama Rockanova Mel Berjaya Bawa Pulang Wang Tunai RM80,000 | Dunia Penuh Gosip

Juara Pertama Rockanova Mel Berjaya Bawa Pulang Wang Tunai RM80,000

Finalis berasal Johor, Mel dinobatkan sebagai juara Rockanova di konsert akhir yang berlangsung baru-baru ini.  Mel atau nama sebenarnya Malisa Janudin telah menewaskan saingan terdekatnya, Azmi yang pada awalnya menjadi jangkaan beberapa pihak untuk bergelar juara pada konsert tersebut.


Dengan kemenangan itu, Mel berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM80,000 dan sebuah trofi. Mel telah menyampaikan lagu berjudul Bintang Kehidulab nyanyian asal Nike Astria dan lagu duet Total Eclipse Of The Heart bersama Dian.

Naib Juara pula menjadi milik finalis berasal dari Pahang, Azmi yang memenangi wang tunai RM40,000 dan sebuah trofi. Azmi atau nama sebenarnya, Azmi Khan Setapar merupakan peserta yang diserap masuk di minggu ketiga Rockanova.

Manakala Zarith selaku pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi. Dian pula terpaksa berpuas hati apabila diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dan membawa pulang RM10,000 beserta trofi.

Ratu Rock negara, Ella dan aktres Siti Elizad hadir sebagai juri jemputan. Rockanova telah berlangsung pada Rabu, di Pusat Konvensyen CIDB, jam 9.30 malam dan disiarkan menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).






0 comments: