Markah Tertinggi Menjadikan Aliff Aziz Bergelar Juara Gegar Vaganzar Musim Ke 8 | Dunia Penuh Gosip

Markah Tertinggi Menjadikan Aliff Aziz Bergelar Juara Gegar Vaganzar Musim Ke 8

Persembahan mantap pada pentas akhir membuatkan Aliff Aziz memperolehi markah terginggi iaitu 83.06% daripada keempat-empat juri profesional. Ini juga disokong oleh persembahan yang konsisten sepanjang minggu melayakkan penyanyi itu dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya yang berlangsung malam Ahad lepad.



Aliff mengetepikan saingan hebat lain seperti Nikki Palikat, Adibah Nor, Suki Low, Azan Scan dan Aweera pada malam yang membawa tema Akhirnya Kini Pasti itu. Kemenangan ini membolehkan penyanyi kelahiran Singapura itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Manakala naib juara pula disandang Nikki, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Ramai peminat meramalkan bahawa Suki Low boleh juara terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.



Sementara itu, berada di tangga keempat, kelima dan keenam milik Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Namun Aweera tetap pulang bergaya apabila menerima dua lagi anugerah pilihan penonton pada malam akhir iaitu Anugerah Betul-Betul Luar Biasa DiGi dan juga Bintang Cuckoo Paling Gempak.  

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri daripada Ramli MS, Hetty Koes Endang, Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow. Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Persembahan akhir semua peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu satu persembahan medley dan juga persembahan battle dengan peserta yang telah digandingkan.

Tahniah kepada semua pemenang anda memang hebat dan layak untuk terus berada di dalam dunia seni tanah air dan menyinar selepas ini menjadi sebutir bintang berharga. Terus usaha dan gilap bakat yang ada dalam diri anda semua anda semua hebat. 








0 comments: