Bocey Walaupun Dah Juara 2 Kali Masih Sertai Maharaja Lawak Mega 2018 | Dunia Penuh Gosip

Bocey Walaupun Dah Juara 2 Kali Masih Sertai Maharaja Lawak Mega 2018

Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 kini kembali menemui penonton dengan menyaksikan 14 peserta bakal berentap untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.


Walaupun telah 2 kali menjadi juara MLM kumpulan Bocey masih tetap menyertai program ini untuk kali ini. Bukan niat nak merebut juara tapi memberi saingan sihat kepada semua peserta baru dan lama.  

Program MLM 2018 kali ini menyaksikan kehadiran peserta baru iaitu kumpulan Kiut, Abata dan 2B yang merupakan dari program Gegar Lawak.

Masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara program kali ini bersama tiga juri tetap yang akan diumumkan pada program ini yang akan disiarkan secara langsung selama 12 minggu.

Program MLM 2018 akan bermula pada 2 November ini jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.





1 ulasan:

  1. SIAPA LA BAKAL JUARA NANTI.. FEBRET TV MAK MENTUA NI HAHAHA.. DIA X SABAR NAK TENGOK

    BalasPadam