Stacy Anam Di Sebalik Topeng Bunga Matahari Juara The Masked Singer Malaysia Musim Ke 4 | Dunia Penuh Gosip

Stacy Anam Di Sebalik Topeng Bunga Matahari Juara The Masked Singer Malaysia Musim Ke 4

Akhirnya misteri siapa di sebalik topeng Bunga Matahari akhirnya terungkai. Dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy adalah selebriti di sebalik maskot tersebut.



Stacy Anam, 33 menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan juga Lathi. Stacy membawa pulang piala juara. Manakala pelawak Namie yang mengenakan maskot Mat Helang diumumkan sebagai pemenang tempat kedua. 



Tempat ketiga pula adalah pemakai kostum Sang Kancil iaitu Daniel Zaini juga pelawak. Di tempat keempat milik peserta Ceria Popstar iaitu Adinda memakai kostum Biskut Aisktim dan tempat kelima adalah Nabila Razali yang memakai kostum Teratai



The Masked Singer Malaysia musim ke 4 mencipta sejarah tersendiri kerana Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tengga yang menyiarkannya secara langsung untuk 10 minggu. Juga menjadi negara kedua di dunia yang menyiarkan program ini secara langsung.



Sementara itu, pengacara, Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program itu yang berlangsung secara langsung selama 10 minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur dan ditayangkan secara langsung di Astro Ria dan Astro On The Go. Tahniah kepada pemenang dan juga peserta minggu akhir.








0 comments: