Mengapa Sistem Imun Ialah Benteng Pertahanan Terbaik Anda dan Bagaimana Untuk Menguatkannya | Dunia Penuh Gosip

Mengapa Sistem Imun Ialah Benteng Pertahanan Terbaik Anda dan Bagaimana Untuk Menguatkannya

Sistem imun kita hanya diamanahkan satu tugas: membantu badan kita mempertahankan diri dan pulih daripada penyakit. 



Diet tidak sihat dengan kandungan kalori yang tinggi daripada gula, daging, dan produk tenusu lazimnya dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti (kegemukan) dan penyakit metabolik. Pemakanan seperti ini juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan ketara dalam sistem imun, dan menjadikannya lebih lemah. 

Amalan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat boleh menggugat sistem pertahanan imun kita, sebagaimana penakluk asing boleh menembusi sesebuah kubu. Ini juga boleh mendedahkan badan kita kepada penyakit baharu dan berulang.

Dr. Kent L. Bradley M.D., MBA, MPH – Ketua Pegawai Kesihatan dan Pemakanan, Herbalife 


Menurut laporan World Obesity Atlas 2023, Malaysia dijangka mencatatkan lonjakan kadar obesiti dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Menjelang 2035, dianggarkan bahawa 41% dewasa akan mengalami obesiti. Perangkaan ini memperlihatkan keperluan segera untuk menambah baik tabiat pemakanan dalam usaha untuk menguatkan sistem imun kita. 

Mengapa Sistem Imun Adalah Pertahanan Terbaik Kita? 

Badan kita ibarat kubu yang direka cipta dengan baik. Setiap hari, badan kita secara senyap mempertahankan diri daripada pelbagai ancaman dan bahaya menerusi sistem pertahanan berlapis. Sistem ini mampu mempertahankan dan memulihkan badan dalam setiap cabaran yang mendatang. 



Sel-sel kita adalah seperti tentera pelindung, setiap satu dengan peranan khusus untuk dimainkan bagi membantu badan kita mempertahankan diri. Jika tidak berjaya, sel-sel akan memulihkan badan apabila perlu. Sebab itulah pemakanan sangat penting. Sel kita memerlukan nutrien yang diperolehi dalam bentuk: 
Makronutrien
Mikronutrien
Fitonutrien

Di bawah tiga kategori umum ini, kita boleh memahami kepentingan khusus protein, lemak asas sihat seperti omega-3, kuasa serat untuk menyokong mikrobiom kita, dan juga vitamin, mineral dan nutrien berasaskan tumbuhan untuk memastikan badan kita berada dalam keadaan optimum.

Kisah Benar Tentang Kesan Pemakanan Yang Baik 

Walaupun kekurangan zat jarang menjadi masalah di negara-negara maju, ramai orang di negara-negara sedang membangun tidak mendapat vitamin asas yang secukupnya dalam jangka panjang. Pada 1976, seorang doktor mata yang berkhidmat di Indonesia berusaha mengurangkan bilangan kanak-kanak yang buta akibat kekurangan Vitamin A. Beliau juga mendapati bahawa mereka yang diberikan Vitamin A juga tidak meninggal dunia akibat jangkitan umum seperti campak atau cirit-birit. 



Pemerhatian ini telah membawa kepada pelbagai kajian dan akhirnya cadangan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi penggunaan Vitamin A tambahan secara universal. Bank Dunia mengisytiharkan bahawa pengambilan Vitamin A tambahan adalah salah satu daripada intervensi kesihatan yang paling menjimatkan kos. 

Penemuan tersebut mengajar kita bahawa tidak kira sama ada Vitamin A, D, atau C, mineral seperti Magnesium atau Zink, atau antioksidan daripada tumbuhan atau protein – sel-sel kita memerlukan keseimbangan nutrien yang sewajarnya untuk menjalankan tugas yang sepatutnya. 

Amalan diet yang seimbang dengan vitamin, mineral dan nutrien yang secukupnya sambil mengekalkan gaya hidup sihat ialah cara hidup terbaik untuk memastikan sistem imun berfungsi dengan baik dan melakukan apa yang sepatutnya: iaitu mempertahankan badan anda.





0 comments: