Semua Pemenang Mengikut Kategori Anugerah Skrin 2015 | Dunia Penuh Gosip

Semua Pemenang Mengikut Kategori Anugerah Skrin 2015

Bertempat di PWTC Kuala Lumpur pada malam tadi anugerah yang penuh prestij menobatkan semua pengiat seni drama dan filem daripada pelakon kepada mereka yang bekerja belakang tabir. Anugerah Skrin 2015 yang bertemakan Meraikan Bintang pada malam itu cukup meriah dengan pelbagai persembahan. Yang paling menarik hati adalah persembahan daripada barisan pelakon yang selama ini hanya belakon tapi di ASK2015 mereka menjadi penyanyi dan menari.


Kelainan yang di tampilkan tahun ini begitu menarik dan unik untuk satu2 majlis anugerah. Lorong Kecil Ke Syurga menjadi drama terbaik keseluruhan dan filem Lelaki Harapan Dunia dinobatkan sebagai filem terbaik. Tahniah kepada semua pemenang dan di sini senarai penuh semua pemenang mengikut kategori masing2.

Drama Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga
Lakon TV Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga
Pengarah Drama Terbaik – Raja Mukhriz (Lorong Kecil Ke Syurga)
Pelakon Lelaki Terbaik – Amar Asyraf
Pelakon Wanita Terbaik – Sara Ali
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Izuan Fitri
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Raja Illya
Drama Rantaian Komedi Terbaik – Rubberband
Drama Rantaian Terbaik – Hidayahmu Ramadhan
Drama Rantaian Popular Media Sosial – Rindu Awak 200%

Filem Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
Lakon Layar Terbaik – Lelaki Harapan Dunia
Pengarah Filem Terbaik – Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Pelakon Lelaki Terbaik – Beto Kusyairi
Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Sharnaaz Ahmad
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Ayu Raudhah

Rancangan Bual Bicara Terbaik – Wanita Hari Ini
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Welcome To The Real World
Laporan Khas Berita Terbaik – Berita Nasional 5
Rancangan Hiburan Terbaik – The Gagabout Barber
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29
Rancangan Realiti Terbaik – Mentor Legend Akhir

Videografi Terbaik – Hip-Hoppin’ Asia (The Saga Continues)
Suntingan Terbaik – The Gadabout Barber
Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29
Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik – Mentor Legend Akhir
Rekabentuk Set Terbaik – Mentor Legend Akhir
Montaj Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29







0 comments: