Harith Iskander Ditabalkan Sebagai Manusia Paling Lawak Di Dunia Tahniah | Dunia Penuh Gosip

Harith Iskander Ditabalkan Sebagai Manusia Paling Lawak Di Dunia Tahniah

Satu kebanggaan lagi buat kita Malaysia apabila manusia paling lawak di dunia juga dilahirkan di sini. Ini telah terbukti apabila Harith Iskander dinobatkan sebagai juara pertandingan Funniest Person in the World (TFPW) yang diadakan di Finland baru-baru ini. Sebagai juara Harith membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD$100,000 (RM444,845).


TFPW adalah sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian lawak global berpangkalan di Amerika Syarikat.

Terdahulu, Harith bersama peserta lain membuat persembahan pada peringkat akhir pertandingan itu di Polo Arena di Levi, Finland pada 8 Disember lalu. Pemenang dipilih menerusi undian dalam talian dari seluruh dunia yang dibuka selama 24 jam selepas persembahan peringkat akhir selesai.

Tahniah kepada Harith mungkin lepas ini boleh dapat gelaran Dato' pula atas kejuaran peringkat dunia ini. Moga kita akan terus lahir lebih ramai lagi standup komedi seperti beliau melalui program-program seperti Lawak Solo. Terus maju lawak Malaysia di dunia.


0 comments: