Dunia Penuh Gosip - AF Megastar Dunia Penuh Gosip: AF Megastar - All Post
Memaparkan catatan dengan label AF Megastar. Papar semua catatan
Akhirnya Akademi Fantasia Megastar telah sampai ke minggu final dimana 5 peserta yang layak iaitu Syahir, Syamel, Idayu, Marsha dan Bob membuat persembahan terakhir mereka malam tadi di Auditarium Shah Alam. Semua peserta membuat dua persembahan iaitu menyanyikan lagu baru sendiri dan juga lagu cover.


Namun tidak dapat dinafikan kehabatan daripada minggu pertama hingga ke akhir ini buat Idayu yang telah menyampaikan lagu 'My All' dan juga lagu barunya iaitu 'Selamanya' memukau juri. Ini ternyata apabila Idayu dinobatkan sebagai juara AF Megastar dan membuktikan bahawa beliau yang tersingkir awal sebelum ini adalah satu kesilapan.

Manakala pemenang bagi Anugerah Ultimate Performer adalah milik Syamel dan Marsha menang sebagai Anugerah Terlajak Megastar D'Herbs. Tahniah kepada semua peserta dan memang anda layak untuk sampai ketahap ini. Tapi kalau dinilai semula persembahan Idayu pada malam akhir agak ada kekurangan pada lagu cover dan lagu baru Bob sangat memukau dan melekat walau dengar sekali jer.

Namun dah rezeki nak buat macam mana semua orang ada rezeki masing-masing. Idayu berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi dan percutian ker Turki. Moga lepas AF Megastar bakat mereka ini lebih terserlah jangan jadi tukun sahaja rugi tau.








Tahniah kepada 5 bintang yang memang selayaknya untuk pergi ke peringkat akhir AF Megastar minggu hadapan. Bagi dua yang tersingkir pada peringkat separuh akhir ini iaitu Amir J dan Amir mungkin diluar sana masih banyak peluang untuk anda kerana usia anda masih muda. 

Bagi peserta yang layak iaitu Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Syahir ini adalah peluang keemasan korang untuk buktikan bahawa korang adalah yang terbaik daripada masa lalu korang. Walaupun Syahir pernah menang AF dahulu tapi tidak semestinya kali ini akan milik beliau lagi kerana bakat adalah segalanya.


Namun daripada pemerhatian kita seperti dah boleh ramal siapa bakal mendapat markah lebih daripada juri dan kedudukan setiap peserta pada minggu akhir ini nanti. Nampak gaya kehebatan Idayu dan Bob tidak boleh dinafikan lagi memang mereka ternyata hebat. Tapi sediakah kita peminat kat luar sana untuk terima orang seperti mereka.

Maksudnya penyanyi yang ada suara sangat sedap dan bakat tinggi tapi fizikal yang tidak seindah mana. Ini yang menyebabkan industri kita hanya pandang pada rupa bukan pada suara. Walaupun Datuk M. Nasir kata Bob adalah aset negara mungkin pertandingan luar negara mereka boleh menang tapi untuk jual lagu atau album kat negara sendiri belum tentu lagi kalau kita peminat tak ubah persepsi itu.

Harap lepas Akademi Fantasia Megastar ini akan membuka mata kita semua bawah sebelum ini kita telah lepaskan lubuk emas yang ada pada bintang-bintang hebat negara ini. Juga mereka yang lahir dari AF Megastar ini akan diberi lagu yang sesuai dengan vokal dan popular agar ia tidak mati begitu sahaja. Semoga maju jaya kepada semua peserta akhir dan pastikan buat yang terbaik untuk diri anda dan peminat. Suka tengok persembahan Marsha dan Idayu.







Diam tak diam dah sampai ke minggu suku akhir program Akademi Fantasia Megastar kali ini. Tinggal lagi 1 konsert minggu depan separuh akhir sebelum paserta layak bertanding peringkat akhir. Tak tahu berapa peserta yang ada ke peringkat akhir nanti adakah 6,5,4 atau 3 atau juga 2 orang peserta sahaja. Pastinya saingan makin sengit dan makin hebat semua peserta buat yang terbaik.


Namun bukan rezeki buat peserta Indah Ruhaila minggu suku akhir ini kerana beliau menjadi peserta seterusnya yang tersingkir. Menyanyikan lagu biduanita Saloma nampak tidak menjadi buat Indah. Dua lagi peserta yang mendapat bottom 3 adalah Syamel dan juga Shahir. Bagaikan satu kejutan buat peminat apabila nama Syamel disebut bottom 3. 

Tapi memang ada tidak kena pada persembahan Syamel yang menyampaikan lagi Ahmad Jais. Tapi ada beberapa persembahan hebat seperti Idayu, Amir J dan juga Bob memukau ramai juri dan penonton. Kuasa masih ditangan juri dan penonton hanya 40% sahaja.

Nantikan minggu depan siapa pula bakal tersingkir minggu separuh akhir dan siapa bakal beraksi di konsert akhir AF Megastar nanti. Saksikan secara langsung minggu depan Ahad, jam 9 malam hanya di Astro Ria dan Ria HD.





Memegang tiket sebagai bekas juara AF 2015 tidak menjamin peserta AF Megastar tidak akan tersingkir dan itu yang menjadikan ia begitu getir sekali. Nasib Sufi jauh lebih teruk apabila ia menjadi mangsa penyingkiran minggu lepas setelah berada pada kedudukan bottom 3 untuk dua minggu beturut-turut.


Persembahan sufi minggu ini sangat teruk dan tidak seperti minggu Rock yang mana kali ini beliau menyampaikan lagu Izinkan Ku Pergi. Pihak juri juga tidak yakin dengan persembahan Sufi yang nampak sangat lemah. Walaupun pada minggu itu beliau dinobatkan sebagai Juara Raku dan juga Star Of The Week 2 minggu berturut-turut. 

2 lagi peserta yang berada di bottom 3 adalah Syahir dan juga Amir terselamat kerana hanya ada satu penyingkiran sahaja minggu itu. Keseluruhan persembahan adalah sangat memberangsangkan seperti persembahan Bob, Marsha dan Syamel.

Manakala peserta lain perlu memberbaiki banyak lagi terutama dalam pemilihan lagu dan juga penghayatan kepada lagu agar ia memberikan kesan kepada juri yang banyak memberi markah. Siapa pula bakal tersingkir adakah juara juga atau mereka terus merebut peluang kemasan ini nantikan secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.







Ewal membawa lagu Potret yang dipopularkan oleh Akim & Majistret menjadi mangsa tersingkir minggu ini. Undian awal semasa mula program juga kedudukan Ewal sngat bahaya berada di bottom 3 dan akhirnya selepas persembahan nyata nasib tetap tidak menyebelahi Ewal. 


Dua lagi peserta yang menduduki bottom 3 minggu ini adalah Sufi dan Amir J. Namun mereka masih terselamat daripada penyingkiran minggu ini. Sufi juga dinobatkan sebagai Star of the Week AF Megastar minggu ini.

4 peserta yang membuat persembahan menarik pada malam ini adalah Shahir, Syamel, Indah dan juga Sufi. Namun kebanyakan komen juri semua peserta tidak sampai dengan konsep rock yang menjadi tema minggu ini. Tapi bagi saya Shahir punya persembahan lebih realiti dan penuh dengan konsep yang unik dan menarik seperti mana komen Syafinaz.

Minggu depan semua 9 peserta yang tinggal akan menyanyikan lagu Mahakarya iaitu lagu yang telah juara. Siapakah juga bakal menjadi mangsa seterusnya penyingkiran. Sama-sama kita nantikan dan terus mengundi AF Megastar. 





 
Akademi Fantasia Megastar telah masuk minggu pertama persaingan untuk 12 peserta yang terpilih. Menyaksikan ramai bintang yang berani mencuba sesuatu yang baru dan ada juga yang play safe. Tapi kuasa diberikan 60% daripada juri profesional dan 40% daripada undian penonton menentukan nasib mereka.


Tema minggu pertama adalah lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh pelajar bintang AF sebelum ini. Menyaksikan nasib tidak menyebelahi Adira dan Azhar apabila menjadi 2 peserta pertama tersingkir pada minggu ini. 

Azhar dari mula semasa kedudukan carta undian beliau adalah peserta paling corot undian dan berpeluang tinggi untuk tersingkir. Ditambah dengan persembahan yang biasa tiada keistimewaan menyebabkan beliau peserta pertama tesingkir pada malam tersebut. Adira pula dilihat telalu sambil lewa dalam persembahannya sehinggakan kadang-kadang kedengaran tidak begitu menyanyi seperti yang biasa.

Adira menyanyikan lagi Ikut Rentakku manakala Azhar menyanyikan lagu Dalam Gerimis. Seorang lagi peserta yang juga berada pada bottom 3 adalah Amir Jahari namun ia terselamat daripada penyinkiran. 

Dari penghayatan ada persembahan yang memang power dan ada yang sangat lemah. Seperti persembahan daripada Marsha, Idayu, Syamel dan Bob yang sangat memukau dan luar daripada kebiasaan mereka. Manakala persembahan Amir Syazwan, Sufie dan Ewal sangat lemah pada malam tersebut. Harap mereka meberikan yang terbaik diminggu akan datang kerana mereka sudah level bintang.





Akhirnya keputusan 12 peserta bintang yang bakal bersaing dalam Akademi Fantasia Megastar yang bakal bermula minggu depan telah diketahui malam tadi. Tahniah kepada semua mereka yang terpilih mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk buat persembahan terbaik setiap minggu.


Tahniah juga kepada 4 peserta piliha Mahagosip last week yang juga turut tersenarai memang mereka semua sangat berbakat. Tapi ada juga yang macam tidak berapa layak untuk dapat menyertai pertandingan ini tapi mungkin kerana boleh dapat undian tinggi jadi mereka terpilih juga untuk masuk.

Biasalah kalau dah nama dunia hiburan tak ada keuntungan tak sah. Yang rugi adalah pengundi yang terus mengundi tanpa tahu mainan mereka disebalik tirai AF ni. Dah biasa daripada dulu lagi sampai yang terbaru program ini bertahan kerana undian peminat. 

Apa pun konsep kali ini AF tidak pernah lari daripada fantasi buat penontonnya. Tahniah juga kepada peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya untuk Akademi Fantasia Megastar. Mereka yang layak ialah Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufie, Ewal dan Azhar. Terus sokong AF tapi nak mengundi tu fikir banyak kali ok lebih baik korang buat duit bayar minyak sebab harga minyak dah makin naik ni.






Tadi telah berakhirnya pusingan pertama konsert Homecoming Akademi Fantasi Megastar yang membariskan 12 peserta menunjukan bakat mereka. Manakala baki akan membuat persembahan minggu depan. Tapi dari pemerhatian yang dapat dibuat tadi beberapa peserta yang kita dapat agak akan menyertai Akademi Fantasia Megastar.

Senarai yang memberi persembahan memberangsangkan dan ada ciri-ciri untuk terus di megastar adalah seperti Idayu, Marsha, Bob, Amir Jahari, Mila dan Firman. Yang lain masih pada tahap yang biasa dan seperti masa mereka menjadi pelajar AF dulu lagi tiada perubahan malah ada yang lebih buruk.


Kesilapan yang sering dilakukan dan masih diulangi adalah salah pilih lagu serta kurang penghayatan pada lagu. Ingat ini adalah pertandingan dan megastar bukan lagi peringkat pelajar AF dulu tiada yang akan tunjuk ajar mereka. Kali ini mereka datang sebagai bintang untuk lagu pilihan mereka sendiri. 

Adakah calon-calon yang disenaraikan itu sama dengan pemilihan korang. Apa pun semua keputusan daripada juri dan masih terlalu awal untuk buat andaian ini kerana ada lagi 12 yang akan membuat persembahan minggu hadapan. Siapa bakal menonjol dan siapa yang akan terus hampa kita nantikan.